Friday, October 23, 2020

Tanah runtuh: 11 penghuni pangsapuri berdepan detik cemas

Tebing tanah berhampiran kediaman runtuh akibat hujan lebat.

Other News

Muhyiddin chairs special Cabinet meeting

The prime minister arrived at Perdana Putra in Putrajaya just before 9am.

Darurat dipertimbang selepas rayuan ‘beremosi’ pegawai kesihatan untuk kestablian politik ketika kematian Covid-19 meningkat

Darurat itu akan menggantung semua proses politik tetapi kehidupan harian berjalan seperti biasa.

State of emergency looms as health officials make emotional plea for stability

But it would aim to suspend all political processes, with daily routines allowed to continue.

US gives full approval for antiviral remdesivir to treat Covid-19

It can be administered to adults and children over the age of 12 who weigh more than 40kg who require hospitalisation, with emergency approval for its use on paediatric patients under the age of 12 weighing at least 3.5kg.

Convalescent plasma of limited use for Covid-19, study shows

Researchers say it failed to reduce mortality or stop progression to severe Covid-19 in moderately ill patients.

11 penghuni di sebuah pangsapuri tiga tingkat di Persiaran Syed Putra di Ibu Negara, berdepan detik cemas apabila tebing tanah berhampiran kediaman mereka runtuh akibat hujan lebat, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 10 malam dan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Sejurus menerima panggilan, bomba mengerahkan 17 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Seputeh untuk melihat kejadian tebing runtuh itu.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat hakisan tanah tebing menyebabkan bahagian bawah bangunan pangsapuri itu yang mempunyai keseluruhan enam unit rumah terjejas akibat hakisan tanah,” katanya kepada Bernama.

Ekoran itu, beliau berkata kesemua 11 penghuni rumah terlibat dinasihatkan keluar atas faktor keselamatan selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat penilaian bahawa kediaman berkenaan tidak selamat diduduki buat sementara.

Jurucakap bomba itu berkata pemeriksaan di sekitar lokasi mendapati sebuah rumah kongsi dibina di atas tebing bukit itu yang didiami tujuh penghuni terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita dewasa warga asing.

“Mereka (penghuni warga asing) juga diarahkan keluar dan kes ini diserahkan kepada DBKL untuk tindakan selanjutnya,” katanya dan menambah operasi itu tamat kira-kira 11.45 malam.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Amaran ribut petir di beberapa kawasan hingga 9 malam ini

Hujan lebat dan ribut petir dijangka di beberapa kawasan sehingga pukul 9.00 malam ini.

Wanita rentung dalam kebakaran 2 buah rumah

Katanya, kebakaran yang tercetus dari rumah pertama itu turut memusnahkan sebuah kereta jenis Toyota Alphard yang diparkir di kawasan garaj rumah dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh setengah jam daripada merebak ke rumah bersebelahan.