Monday, March 1, 2021

120 pendatang, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng

Other News

Rayuan saman fitnah NFCorp terhadap Nurul Izzah ditolak

Mahkamah memerintahkan NFCorp dan Mohamad Salleh membayar kos RM50,000.

Muhyiddin’s report card, one year on

In assessing Muhyiddin, one must take into account the twin crises that coincided with his premiership: the Covid-19 pandemic and the resulting economic fallout.

Kes baru Covid-19 kembali turun bawah 2,000

5 lagi kematian menjadikan jumlah 1,135 keseluruhannya.

New cases dip below 2,000

Five more deaths take toll to 1,135.

Pembunuhan pengasas Ambank, mahkamah kekal hukuman mati pesalah

Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf turut mengekalkan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan ke atas Koong Swee Kwan.

Tindakan tegas pihak berkuasa dalam mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini menyaksikan 122 individu termasuk dua tekong ditahan dalam Operasi Benteng yang dijalankan semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua mereka ditahan kerana memasuki sempadan negara melalui laluan tidak sah dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Operasi Benteng melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta penularan pandemik Covid-19.

“Sebanyak 79 sekatan jalan raya Operasi Benteng dilaksanakan semalam membabitkan PDRM (57), Aksem (10) dan ATM (15),” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai Pasukan Petugas Operasi Pematuhan prosedur operasi standard (SOP), beliau berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-182 semalam menyaksikan seramai 68 individu ditahan atas kesalahan melanggar SOP.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 66 individu dikompaun manakala dua direman.

“Antara kesalahan ingkar PKP ialah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (21), tidak memakai pelitup muka (18), gagal melunaskan bil kuarantin (3) dan tangkapan pendatang tanpa izin (2),” katanya.

Mengenai kuarantin wajib, Ismail Sabri berkata sejak 24 Julai lepas hingga semalam, 29,438 individu pulang ke tanah air dari 32 negara dan kesemua mereka ditempatkan di 72 hotel dan lapan premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

“Daripada jumlah itu, 9,737 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, 71 individu dihantar ke hospital untuk rawatan dan 19,630 individu telah didiscaj serta dibenarkan pulang,” katanya.

Memperincikan perkara itu, beliau berkata mereka yang berkenaan pulang dari Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu.

Negara lain ialah  Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

New cases dip below 2,000

Five more deaths take toll to 1,135.

Get back in line, Khairy warns after cases of politicians cutting vaccine queue

He says his ministry will recommend that the health ministry slap compounds on those who flout the rules.

Terlibat Macau Scam, 31 polis bakal dihukum

Mereka dirujuk ke pihak Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan seterusnya.

‘Light’ after darkness as Philippines Covid-19 vaccinations begin

The rollout started at six Manila hospitals a day after the government, under fire over delays in vaccine procurement, received 600,000 donated doses from Beijing.

US kids could receive vaccine by year-end, says White House pandemic adviser Fauci

Children in high school should be able to get the vaccines 'sometime this fall', although data is still being compiled on their safety and efficacy for younger children who may not receive the jabs until late 2021 or early 2022, he says.