Monday, October 26, 2020

Anjing Bomba kesan bau Nora Anne

Other News

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat khas Kabinet

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan mesyuarat khas bersama Jemaah Menteri di bangunan Perdana Putra, susulan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan...

Naratif baru selepas PM disokong Agong, PH dalam dilema belanjawan

Naratif baru ini melibatkan serangan kepada dua pemimpin kanan kerajaan yang dipersalahkan selepas kejatuhan PH pada Februari.

PM chairs another special Cabinet meeting

The last time a special meeting was held was last Friday.

New narrative after PM’s royal endorsement poses budget dilemma for PH

This new narrative involves an attack on two government leaders who have been blamed for PH's loss of majority in February.

Are campaigning politicians essential workers?

The police, first responders and key transportation and food workers in jobs that cannot be done remotely are usually considered essential workers.

Mahkamah Koroner hari ini, dimaklumkan dua ekor anjing milik Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) berjaya mengesan bau remaja perempuan warga Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin, yang hilang pada 4 Ogos 2019, di beberapa lokasi berhampiran The Dusun Resort.

Saksi ke-16 prosiding inkues bagi menentukan punca kematian gadis itu, penyelia operasi Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur,  Pegawai Kanan 1 Bomba Fadzil Arshad, 52, berkata anjing jenis Labrador dan Border Collie, baka dari United Kingdom, berjaya mengesan bau pertama Nora Anne kira-kira 100 meter dari tingkap vila penginapan gadis berkenaan pada 5 Ogos 2019.

Beliau berkata ia disusuli dengan kejayaan pengesanan bau Nora Anne di saliran air berbatu dan  kolam ternakan ikan, tidak jauh dari vila berkenaan pada sebelah petang hari yang sama.

“Pada 6 Ogos, unit kami sambung pencarian di kawasan saliran air berbatu menggunakan anjing yang sama dan haiwan itu menarik kuat dan melepasi tandas terbiar dan kemudian menggigit botol mineral yang ditemui berkemungkinan milik Nora Anne.

“Kedua-dua anjing kemudian melepasi longkang konkrit dan terus ke saliran air dan memberi reaksi kuat di jeram berbatu. Penemuan ini telah saya maklumkan kepada pegawai atasan Mohamad Idris,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Maimoonah Aid di Seremban pada prosiding yang memasuki hari kesembilan hari ini.

Fadzil berkata usaha mengesan Nora Anne diteruskan pada keesokannya dengan tertumpu di lokasi jeram berbatu dan kedua-dua anjing masih memberikan reaksi sama serta tidak mahu ke mana-mana.

“Jika dibawa ke seberang, dia akan tetap patah balik ke jeram berbatu,” katanya.

Beliau berkata pada hari berikutnya, yang merupakan hari keempat sejak mula dipanggil membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan itu pada 5 Ogos, mereka diminta untuk menunjukkan lokasi penemuan bau itu kepada polis.

“Selepas itu, khidmat kami tidak lagi diperlukan dan tugas kami sampai di situ saja,” katanya.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Norhafiza Haron yang bertindak sebagai Pegawai Pengendali Inkues fungsi kedua-dua anjing berkenaan, Fadzil berkata: “Ia dilatih untuk mengesan orang hilang dan sesat di hutan”.

Sementara itu, saksi ke-17, Pegawai Tinggi Bomba, P. Ravi, 50, dari Unit K9 JBPM, Jalan Klang Lama,  pula memberitahu mahkamah pasukannya hanya menyertai operasi SAR berkenaan pada 10 Ogos selepas dipanggil membantu Pusat Gerakan Operasi (PGO) pada 9 Ogos.

“Kami membawa anjing baka Inggeris Spinger Spaniel atau ESS yang dilatih untuk mengesan mayat. Saya melaporkan diri kepada Komander Operasi Ahmad Mukhlis Moktar dan diberikan taklimat kawasan pencarian pada 9 pagi, 10 Ogos.

“Kami melakukan pengesanan bermula dari sebuah kuil Hindu menuju ke loji air, lokasi dikatakan orang hilang mandi.

“Sepanjang bermula hingga sampai ke tempat yang kami berhenti, tiada sebarang reaksi positif daripada anjing. Kami diminta kesan body jika ada di kawasan itu,” katanya dan menambah khidmat pasukannya diperlukan sehari saja bermula 8 pagi hingga 5.30 petang.

Terdahulu, saksi ke-15 Lans Koperal Sylvester Kirinus, 31, yang bertugas di Unit K9, Bukit Aman berkata anjing jenis German Shepherd yang digunakan pada malam 4 Ogos hari pertama Nora Anne dilaporkan hilang gagal menemui sebarang petunjuk.

Hasil carian kali kedua dan ketiga masing-masing pada 9 dan 10 Ogos, turut gagal, katanya.

Prosiding inkues akan bersambung pada 2 Okt depan dengan dua saksi dari unit K9 JBPM akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Sebelum ini, prosiding berlangsung selama dua minggu bermula 24 Ogos hingga 27 Ogos dan kemudian bersambung semula dari 1 hingga 4 Sept.

Seramai 64 saksi akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan dan setakat ini seramai 17 saksi telah dipanggil.

Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos tahun lepas, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan di Pantai di Seremban, kira-kira 60 kilometer di selatan ibu negara.

Pada 13 Ogos, mayat Nora Anne ditemukan berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapannya susulan pencarian besar-besaran yang dilakukan pihak berwajib.

Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja berkenaan yang juga golongan istimewa tidak menunjukkan unsur jenayah dan remaja itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan berpanjangan.

 

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Bekas setiausaha politik Mat Sabu didakwa rasuah lagi

Pada 15 Oktober lepas, Azhar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas lima pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.35 juta.

Pencemaran Sungai Selangor, seorang pengarah syarikat bersama tujuh lagi direman

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan ke atas kesemua suspek berusia antara 28 hingga 66 tahun oleh Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Bicara 1MDB Najib ditangguh kerana PKPB

Perbicaraan itu akan disambung semula pada 9 hingga 12 November ini.

Bicara rogol Adun Tronoh Disember ini

Tarikh berkenaan ditetapkan berikutan peguam yang mewakili Yong menghadapi kekangan kerana PKPB di Lembah Klang.

Bicara kes rasuah solar Rosmah bersambung 2 November

Mahkamah menetapkan tarikh itu susulan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 hingga 27 Oktober.