Friday, February 26, 2021

3 anggota polis direman seminggu kerana rasuah berkaitan dadah

Other News

Tidak perlu surat polis rentas negeri hantar anak ke asrama

Ibu bapa hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah semasa melalui sekatan jalan raya.

No police permit needed to cross borders for school

Parents only need to show letters issued by the schools at police roadblocks.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

New cases drop below 2,000 mark

12 more deaths reported.

MIC leader questions ‘fickle-minded’ Umno chiefs

MIC deputy president M Saravanan says the party will only decide based on discussions in Barisan Nasional.

Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan dua anggota berpangkat koperal direman selama seminggu bagi membantu siasatan kerana dipercayai menerima rasuah sebanyak RM7,800 daripada seorang lelaki disyaki pengedar dadah, Julai lalu.

Kesemua anggota berusia 33 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada jam 1 pagi tadi.

Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap berkata anggota polis berkenaan dipercayai meminta suapan sebanyak RM8,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan tangkapan terhadap pengadu yang didakwa pengedar dadah.

“Mereka (polis) menggeledah rumah pengadu pada 16 Julai lalu namun tiada dadah ditemukan dan salah seorang anggota polis meminta RM8,000 daripada pengadu. Anggota tersebut mengambil RM3,800 daripada pengadu manakala baki RM4,000 diambil semalam,” katanya, dalam kenyataan di Alor Setar, hari ini.

Katanya, suspek juga didakwa turut meminta wang secara bulanan sebanyak RM6,000 daripada pengadu agar tidak dikenakan tindakan yang sama pada bulan seterusnya.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 14 Sept dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Noor Liyana Abd Rahim.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah bermula November

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

SPRM siasat bekas menteri PH, Xavier berhubung dakwaan rasuah

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Pengasas Sugarbook mengaku tidak bersalah cetus kegentaran awam

Pengakuan Chan Eu Boon, 34, itu direkod selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sabreena [email protected] Bahari.

Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang milik Umno Johor

Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut hak wang berjumlah RM677,872.55.

Tuduhan rasuah terhadap saya sengaja direka, kata Zahid Hamidi

Presiden Umno itu mencabar sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan tersebut.