Saturday, November 28, 2020

Bekalan air pulih di 73% kawasan

Other News

1,315 new cases, 1,110 recoveries

Four more deaths take virus toll to 354.

Peruntukan “durian runtuh” Jasa dicantas separuh selepas nama, imej ditukar

Pengumuman pengurangan itu dijangka diumumkan ketika ucapan penggulungan peringkat jawatankuasa minggu depan.

With new name and image, Jasa’s ‘windfall’ budget to be halved

The RM85.5 million allocation, which came under criticism following its announcement on Nov 6, could be cut down by RM40 million, sources say.

Pengusaha tadika terjejas ‘terkapai-kapai’ tanpa bantuan

Pengusaha luah kekesalan kerana tidak diberikan bantuan kerajaan walaupun terjejas teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Kindergartens struggle on with no help in sight

They say they are not asking for money, only for clear and fair policies.

Bekalan air di 948 kawasan atau 73.37 % daripada 1,292 kawasan terlibat gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang pulih sepenuhnya setakat 6.30 pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata baki 344 kawasan masih dalam proses pemulihan.

Wilayah Hulu Selangor adalah kawasan pertama mencatat peratusan pemulihan sepenuhya (100 %), diikuti Kuala Selangor (99.25 %); Petaling (91.78 %); Gombak (72.99 %); Kuala Langat (50 %); Kuala Lumpur (47.37 %); dan Klang/Shah Alam (38.42 %).

“Sebanyak 71 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Gombak dan Klang/Shah Alam sepatutnya pulih tengah malam tadi, namun masih belum dapat dipulihkan.

“Pengguna dinasihat supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, pagi ini.

Beliau berkata, Air Selangor sedang berusaha menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan terlibat.

Ganguan bekalan air di sekitar Lembah Klang bermula sejak Khamis apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Long, winding road to solving Selangor’s water crisis

There may be no quick fix to the seemingly never-ending disruptions to water supply plaguing the state.

Bekalan air di Lembah Klang pulih sepenuhnya

Pihak Air Selangor berkata mereka menghargai kesabaran pengguna di kawasan terjejas.

Bekalan air di lebih 800 kawasan Lembah Klang pulih

Ia meliputi 69% daripada 1,279 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.

Water supply back in 69% of affected areas

Air Selangor says efforts are being made to restore supply to the remaining 391 areas.

Pencemaran Sungai Selangor, 2 pengarah syarikat direman

Mereka ditahan reman tujuh hari mulai hari ini hingga 17 November.