- Iklan -
Rencana

Pornografi cemar minda masyarakat

Ketagihan pornografi bukan sahaja merosakkan minda bahkan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan.

Awang Muhammad Syahmi
2 minit bacaan
Kongsi

Pornografi bukanlah suatu yang asing lagi untuk masyarakat masa kini yang mampu mengakses laman web lucah ini dengan mudah kerana dunia di hujung jari anda saja.

Pelbagai video lucah yang mudah untuk dijumpai di internet membuatkan minda masyarakat semakin tercemar dengan imaginasi, dan pengisian yang merosakkan minda mereka.

Ramai yang tidak menyedari bahaya pornografi terhadap minda sehingga boleh memudaratkan tubuh badan.

Walaupun kerajaan telah banyak menyekat beberapa lawan web lucah ini tetapi terdapat banyak lagi cara lain untuk mengakses laman web tersebut. Salah satu cara yang penulis ketahui adalah dengan menggunakan virtual private network (VPN).

Aplikasi ini berfungsi untuk menyembunyikan identiti, lokasi dan aktiviti dalam talian.

Menurut salah satu laman pornografi terkenal dunia, Pornhub mendedahkan bahawa masyarakat Malaysia menduduki tangga teratas di Asia dalam melayari laman web lucah tersebut.

Lebih memalukan lagi, laman pornografi itu juga mendedahkan Malaysia menduduki tangga keempat di peringkat dunia.

Kesan yang boleh didapati oleh golongan yang ketagih dengan bahan pornografi ini dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang terutamanya dalam mempengaruhi minda mereka.

Penulis sendiri mendapati bahawa dalam kalangan rakan-rakan penulis yang usia mereka kebanyakannya masih muda tidak dapat berhenti daripada menonton video-video lucah dan ada dalam kalangan mereka yang “resah” apabila tidak dapat menikmati bahan-bahan lucah tersebut setiap hari.

Dengan ketagihan pornografi tersebut, penulis telah membuat pemerhatian tentang kesan pornografi terhadap minda manusia. Seseorang yang ketagih dengan pornografi semestinya akan mencuba untuk memuaskan nafsu dengan melanggan lawan web pornografi yang premium dengan membayar wang yang banyak.

Menurut Ketua Seksyen Psikoterapi dan Intervensi Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia, Dr Siti Fatimah Abdul Ghani, tabiat ini juga mengganggu kelancaran hubungan intim pasangan berkahwin.

Sebagai contoh, nafsu suami ketagihan pornografi akan terjejas jika kerap melakukan onani.

Golongan ini lebih memilih untuk memuaskan nafsu serakah mereka dengan menonton pelbagai genre yang mereka minati sama ada yang bersifat songsang, ganas dan paling menyedihkan yang melibatkan pornografi kanak-kanak.

Banyak kejadian yang telah penulis lihat di dalam berita yang telah melakukan sumbang mahram khusunya kepada anak-anak kecil yang masih bersekolah lagi.

Baru-baru ini, suatu kejadian yang telah dilaporkan oleh Sinar Harian yang melibatkan seorang bapa yang telah
merogol anaknya sejak empat tahun lalu dari umurnya 11 tahun lagi.

Kejadian tersebut adalah tragedi yang amat memilukan dan penulis tidak dapat bayangkan kesengsaraan yang perlu dihadapi anak yang tidak bersalah itu.

Oleh itu, ketagihan pornagrafi sangatlah memberi kesan yang buruk terhadap minda seseorang malah boleh merosakkan tingkah laku yang dianggap luar kebiasaan daripada
norma masyarakat.

Jika anda merupakan salah satu daripada individu yang ketagihan pornografi, penulis mengesyorkan untuk segera mendapatkan bantuan sebelum terlambat.

Awang Muhammad Syahmi adalah pembaca MalaysiaNow

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow