Saturday, September 25, 2021

Hari Kebangsaan ke-64: Sambut dengan tetapan semula minda

Ketika negara terus membina kemajuan, kita juga kehillangan elemen penting yang mengikat seluruh rakyat dan mengambil mudah kepelbagaian yang dinikmati semua.

Other News

Semasa kita meraikan ulang tahun kemerdekaan ke 64 – peristiwa penting menandakan berpisahnya kita daripada pemerintahan kolonial dan lahirlah sebuah negara bangsa – kita seharusnya merenung kembali teras utama yang membentuk identiti dan takdir sebagai Malaysia. Kunci utama atau bahan utama tidak lain adalah kepelbagaian kita.

Negara kita tidak akan wujud jika kepelbagaian komuniti dan entiti politik membentang dari Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu tidak dapat mencari kemahuan dan kreativiti untuk menjalin visi bersama untuk mewujudkan sesuatu yang lebih baik – itulah Malaysia. Kita tidak akan mewujudkan budaya Malaysia yang kaya yang kita nikmati hari ini dalam penyatuan dan pembauran makanan, ekonomi dan identiti sosial kita.

Dan kita tidak akan menjadi satu kisah kejayaan pembangunan yang telah meningkatkan taraf hidup penduduk dan mengubah masyarakat kita daripada berpendapatan rendah kepada ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

Kepelbagaian kita adalah kekuatan kita memandangkan ia merupakan sumber inovasi dan ia adalah asas ketahanan kita. Ia telah menyediakan Malaysia dengan banyak sumber, semula jadi dan budaya, yang membantu kita mengatasi pelbagai cabaran dan krisis sejak enam dekad yang lalu.

Daripada konflik bersenjata pada dekad 60-an dan 70-an kepada peningkatan turun naik globalisasi daripada 80-an sehingga sekarang. Dan malah hari ini, kita mampu untuk menahan diri kita bersama di tengah-tengah pandemik Covid-19 kerana kekuatan utama yang menyatukan kita sebagai satu bangsa.

Malangnya, semakin kita menjadi masyarakat yang lebih “maju”, kita juga telah kehilangan pandangan terhadap elemen penting yang mengikat kita dan mengambil mudah kepelbagaian kita. Kita telah menjadi taksub dengan tanggapan perbezaan yang terserlah dalam isu bangsa dan agama dengan pandangan sempit sementara mengabaikan aspek penyatuan masyarakat kita yang kaya dan meluas.

Ketaksuban dengan kebersamaan dan perbezaan menjadi tempat pembiakan subur bagi penyebar kebencian – bagi orang-orang yang mendapat manfaat daripada kewujudan ketakutan dan perpecahan dalam kalangan rakyat dan mereka yang akan memperolehi manfaat politik melalui pecah dan perintah masyarakat kita.

Adalah amat mustahak untuk kita mengakui bahawa ini merupakan ancaman yang semakin berkembang kepada masyarakat kita dan kita mengambil langkah penting untuk menghapuskan ejen yang memecah belah dan mengukuhkan perpaduan negara kita. Kita semua adalah rakyat Malaysia dan inilah masanya untuk kita menyambut kemalaysiaan kita dan sambutan Merdeka dengan tetapan semula minda yang penting.

Perpaduan

Ini merupakan kunci kepada kestabilan dan kemajuan. Sementara Dasar Ekonomi Baru (DEB) menyumbang kepada mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula ekonomi kita, ia juga telah menimbulkan beberapa masalah serius melalui salah guna dasar tindakan afirmatif.

Ia telah mewujudkan kapitalis kroni yang mengambil kesempatan untuk mengaut untung yang hanya memanfaatkan mereka yang kaya dan mempunyai hubungan rapat sedangkan rakyatlah yang terpaksa menanggung bebannya.

Kita juga mengasingkan sistem pendidikan dengan mewujudkan pengasingan bukannya keterkaitan. Kita tidak mewujudkan sistem persekolahan awam berkualiti tinggi dan inklusif, yang menjadikan ibu bapa mencari bentuk pendidikan lain di sekolah vernakular, sekolah agama dan sekolah antarabangsa.

Dan kita juga telah mengasingkan kawasan perumahan kepada komuniti berpagar yang kaya dan komuniti perumahan kos rendah yang sesak.

Pengasingan dan pemisahan ini mewujudkan rasa keselamatan palsu memandangkan kita sebenarnya tidak dapat memisahkan diri kita sendiri daripada rakyat Malaysia yang lain yang menyediakan kita makanan dan perkhidmatan, atau membina rumah kita.

Pandemik Covid-19 menyampaikan mesej kepada kita bahawa semuanya terjejas dan berkaitan, tidak kira kaya atau miskin, tidak mengira kaum. Kita perlu menyelamatkan semua (termasuk pekerja migran) untuk menyelamatkan diri kita sendiri, dalam usaha untuk menghentikan Covid-19 daripada merebak.

Rakyat mestilah bersatu untuk mewujudkan kesedaran Malaysia dan mengelakkan politik perkauman. Kita semua ini bersama sebagai rakyat Malaysia dan kita perlu untuk memikirkan semula dasar kita untuk mewujudkan Malaysia yang bersatu padu, bukan berpecah belah.

Keadilan sosial

Dasar ekonomi semasa berdasarkan pertumbuhan dan keuntungan swasta telah menghasilkan ketaksamaan yang semakin meluas dan krisis alam sekitar yang teruk.

Kita perlu tetapkan semula dasar dan program kita untuk mencapai kesejahteraan manusia dan keadilan sosial agar semua rakyat Malaysia berkongsi kekayaan yang kita hasilkan.

Gaji asas mestilah ditingkatkan untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia boleh menghadapi kesukaran ekonomi semasa keadaan tidak menentu ini. Kita mestilah sanggup untuk membayar lebih bagi membantu rakyat Malaysia yang lain tetapi mengurangkan belanja untuk penggunaan yang lebih mampan.

Keadilan sosial adalah keperluan asas untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang selamat, aman damai dan terjamin. Kita mestilah komited untuk pengagihan semula kekayaan agar keperluan asas semua rakyat Malaysia dipenuhi. Apabila kita mempunyai keadilan, struktur sosial alan kekal utuh.

Kerajaan mestilah bekerja untuk rakyat dan bukan untuk korporat, pemaju, pemodal dan ahli perniagaan, yang mana motif utamanya adalah keuntungan dan pertumbuhan, bukannya kemampanan.

Rakyat yang mendapat pencerahan akan mewujudkan sistem politik yang harmoni, tidak berpecah belah dan adil. Mereka tidak seharusnya terperangkap dengan taktik pecah dan perintah ahli politik.

Keadilan ekologi

Kita kini berada dalam krisis alam sekitar yang mengancam kewujudan kita. Penggubal dasar kita nampaknya tidak sedar betapa besarnya masalah dan memerlukan perubahan radikal dalam cara kita menghasilkan dan menggunakan barang dan perkhidmatan. Dan memajukan dalam cara yang meminimumkan kerosakan kepada alam semula jadi.

Kita mestilah hanya mengambil apa yang perlu sahaja daripada alam semula jadi, tidak menguasainya untuk ketamakan kita. Alam semula jadi memberitahu kita dalam banyak cara yang memerlukan kita untuk mengubah cara kita, tetapi kita tidak menghiraukan amarannya. Pandemik, tanah runtuh, banjir, kejadian sisa kayu balak hanyut, bekalan air tercemar, udara yang tidak boleh bernafas, paras air laut meningkat dan perubahan iklim – semuanya menjejaskan kita dan berulang dengan begitu kerap.

Sesetengahnya menyalahkan alam semula jadi, tetapi kitalah yang mengubah bagaimana tingkah laku alam semula jadi. Ia amat menyedihkan dan ironinya mangsa pembangunan adalah golongan miskin yang terpinggir dan bukannya mereka yang mewujudkan masalah.

Sepertimana kata Gregory Bateson, seorang pemikir terkenal, “masalah utama di dunia ini adalah hasil perbezaan antara bagaimana alam semula jadi berfungsi dan cara orang berfikir”.

Kita perlu menghidupkan semula nilai tradisional hidup sederhana dan berjalan dengan ringan di atas bumi ini dan mempelajari bagaimana untuk hidup harmoni dengan alam semula jadi.

Pihak berkuasa perlu membelanjakan wang dan mewujudkan pekerjaan dalam pemulihan alam sekitar, untuk membersihkan dan memulihkan semula alam sekitar semula jadi kita untuk memberikan kita air, udara dan makanan bersih.

Kita juga perlu mewujudkan lebih banyak kawasan hijau dalam kota konkrit kita. Untuk menuntut semula kota kita daripada kereta dan lebuh raya dan menjadikan kota kita lebih boleh didiami dan selamat dengan ruang komuniti, kebun bandar, taman dan kurang pencemaran. Kota mestilah lebih selamat untuk kanak-kanak, keluarga, penunggang basikal dan pejalan kaki memandangkan kota kini didominasi dan direka bentuk secara eksklusif untuk kereta.

Kita mestilah mencari jalan untuk menggalakkan kehidupan luar bandar dan pembangunan memandangkan kawasan luar bandar akan menjadi berdaya tahan dan pengekalan hidup – menyediakan kita dengan makanan dan jaminan sumber semula jadi. Bandar menyediakan kita kekayaan, tetapi luar bandar menyediakan kehidupan.

Budaya politik baru

Politik mestilah berakar umbikan etika dan semata-mata untuk mencari kuasa.

Rasuah mestilah dengan serius dihapuskan dengan agensi rasuah yang bebas sepenuhnya. Nepotisme dan kronisme mestilah diperangi tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Politik perkauman mestilah dijauhkan. Rakyat tidak seharusnya melayan politik pecah dan perintah yang menjadikan sebahagian orang kaya dengan mengorbankan rakyat.

Politik mestilah berpaksikan orang ramai dan bukannya ahli politik, parti atau berpaksikan kekayaan. Ia mestilah didorong oleh dasar dan tidak didorong oleh ketamakan, perpecahan, benci atau kaum.

Badan kehakiman, perkhidmatan awam, polis dan institusi negara yang lain mestilah melindungi dengan tegas kebebasan dan integriti, dan tidak tunduk kepada tekanan dan pengaruh luar biasa.

CAP berharap rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan yang bermakna dan pemikiran mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman damai, sihat dan makmur, dan menghayati sepenuhnya.

Mohideen Abdul Kader adalah presiden Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles