Thursday, December 2, 2021

Tahniah Radzi Jidin di atas pengenalan Didik TV

Didik TV berjaya menyelesaikan salah satu masalah berkait pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Other News

Masih belum terlambat kiranya bagi Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menzahirkan rasa tahniah dan ucapan terima kasih kepada Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin.

Semuanya di atas inisiatif dan kesungguhan beliau sedikit sebanyak telah berjaya menyelesaikan salah satu permasalahan besar berkait pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) apabila langkah lebih proaktif telah diambil pihak beliau menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan salah satu siaran televisyen iaitu NTV7 mencapai taraf “saluran khas” memfokuskan kepada pembelajaran di peringkat sekolah dikenali sebagai Didik TV.

Didik TV melengkapi selaku satu saluran khusus di samping beberapa lagi saluran yang turut menyediakan waktu penyiaran (airtime) secara percuma bagi tujuan PdPR antaranya TV Okey RTM, ASTRO TUTOR 601 & 602.

Semestinya segala penghargaan wajar diberikan kepada Radzi apatah lagi atas segala usaha dan perbincangan demi perbincangan sehingga Didik TV @ 7 termeterai, menjadikan inisiatif ini pertama kali KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial dengan pengisian dari 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Sebelum ini, pihak Armada melalui kenyataan Ketua Armada Nasional, Wan Ahmad Fayhsal bertarikh 23 Februari 2021 telah mencadangkan untuk siaran pendidikan dipertingkatkan mengambil kira inisiatif KPM melalui pewujudan TV Pendidikan telah dimulakan sejak 6 April 2020 iaitu bulan seterusnya sejurus perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama.

Oleh itu Armada memandang kejayaan Radzi dan pasukan KPM mempertingkatkan waktu siaran sekali gus menjadikan NTV7 sebagai saluran khusus Didik TV adalah langkah yang paling baik dalam menyelesaikan masalah utama pelajar terkait PdPR seperti kekurangan peranti, gajet atau data internet.

Syabas KPM, terima kasih di atas kesungguan demi kelestarian pendidikan anak bangsa!

Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir adalah ketua penerangan Armada Bersatu

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles