- Iklan -
Rencana

Gerakan Prihatin Johor memerlukan anda

Prihatin Johor ingin meminta sesiapa sahaja untuk tampil membantu sama ada dari segi bantuan kewangan mahupun barangan keperluan harian.

Sahruddin Jamal
2 minit bacaan
Kongsi

Sudah tentu bencana banjir menjadi acara tahunan, tetapi tahun ini ia agak sedikit luar biasa cepat dan agak besar malah lebih parah bila ia berlaku dalam ancaman Covid-19 semakin meningkat.

Kesan lebih teruk sebelum banjir kali ini kebanyakan rakyat sudah dalam keadaan cukup pakai sahaja akibat kesan Covid-19 sejak tahun lalu.

Ramai tidak boleh selindungkan rasa kecewa bila ada segelintir ahli politik seolah tidak peduli apa berlaku sebaliknya terus memainkan politik kepartian sempit dan tak berhenti merebut kuasa.

Malah lebih teruk segelintir itu cuba memaksa diadakan Pilihan Raya Umum tanpa mempedulikan negara dan keadaan rakyat.

Namun, ia hanya segelintir majoriti rakyat Malaysia terus memegang manusiawi sebagai pegangan kehidupan.

Ramai tampil membantu sama ada secara individu termasuk atas nama pelbagai organisasi termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Inilah pegangan politik saya, politik tidak harus berkisar hanya soal kepartian sempit, menang atau kalah sahaja malah politik seharusnya menjadi pemudah cara bantuan rakyat.

Politik sewajibnya persoalan rakyat menjadi nombor satu.

Atas kesedaran tinggi dalam keadaan sangat mendesak maka terlahirlah Gerakan Prihatin Johor yang mengumpulkan sukarelawan daripada pelbagai latar belakang.

Sepanjang seminggu ini berpuluh tan barangan bantuan sudah diturunkan sama ada sumbangan pelbagai pihak atau kami bantu memudahcara bantuan pihak kerajaan.

Dengan kekuatan kira kira 100 lebih majoritinya anak muda kami bantu proses permindahan, penyusunan pusat pemindahan sehinggalah bantu membersih rumah pada yang kembali ke rumah masing-masing.

Gerakan ini seiring dengan semangat Perikatan Nasional tetapi lebih bersifat non partisan supaya dapat merangkul lebih ramai dan pelbagai.

Terbaru ada beberapa tempat air naik semula dan dalam masa yang sama ada kawasan penduduk sedang pulang mengadap rumah yang penuh berlumpur.

Gerakan Prihatin Johor ingin meminta sesiapa sahaja untuk tampil membantu sama ada dari segi bantuan kewangan, bantuan barangan keperluan harian mangsa, peralatan mencuci rumah atau tampil sendiri sebagai sukarelawan.

Prihatin Johor juga bersedia untuk membantu selia jika ada mana mana organisasi sedia tampil membantu tampil ke Johor.

Kami akan susun kawasan bantuan dan aktiviti gotong royong.

Kepada anda sila WhatsApp 60135800016.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.