Thursday, March 4, 2021

Bolehkah Warisan benar-benar mengendalikan ahli politik semenanjung?

Ramai pakar analisis politik merasakan waktunya bertepatan untuk Warisan melebarkan sayap ke semenanjung.

Other News

OKU gesa peratusan pengambilan kerja golongan itu ditingkatkan

Sektor swasta masih tidak yakin untuk mengambil golongan OKU bekerja di syarikat mereka.

Washington outlines new global strategy: China looms large

State secretary Antony Blinken says on virtually every front, the US will likely have to deal with the communist government in Beijing.

Pematuhan SOP keselamatan di lebuh raya masih lemah

Insiden kemalangan boleh dielakkan jika pihak pemaju dan kontraktor mengamalkan SOP yang betul.

Umno bakal tangguh pemilihan, tanding PRU15 sebagai pembangkang

Penangguhan tersebut adalah bagi memberikan masa kepada Umno untuk bersedia menghadapi PRU15.

Umno to delay party polls as it enters GE fray as opposition

This is the second time in three years that the party will defer its polls.

Sejak tahun 1963, Sabah dan Sarawak terpaksa menjadi watak sokongan untuk negeri-negeri di semenanjung dan begitu banyak janji yang dibuat menjelang kemerdekaan Malaysia Timur daripada penjajah British, masih belum dipenuhi walaupun enam dekad berlalu.

Sebenarnya, sehingga tahun 2018, Sabah dan Sarawak sering diberi nama sebagai ‘undi simpanan tetap’ untuk kerusi Parlimen kerana kerajaan Barisan Nasional yang memerintah ketika itu, begitu yakin memiliki sokongan pengundi Malaysia Timur sehingga mereka begitu senang untuk terlibat dalam politik yang tidak teratur di semenanjung Malaysia.

Di Sabah, politiking adalah sangat kuat sehingga kini dan ramai yang masih mengingati pengeboman pada 1986, rusuhan dan deklarasi darurat – pengajaran pahit yang bagaimanapun tidak menghentikan “katak melompat” dalam kalangan ahli Parlimen yang sering menukar parti sesuka hati.

Pertukaran terbaru dalam pakatan politik di Sabah berlaku pada bulan Julai tahun lepas dan kejatuhan dari kempen yang sengit dan keterpaksaan para pengundi untuk pulang membuang undi, masih dirasakan kerana kes positif Covid-19 Malaysia telah meningkat tiga kali ganda sejak pilihan raya negeri pada bulan September.

Maka ketika Parti Warisan Sabah mengumumkan rancangan untuk melebarkan sayap ke semenanjung, ramai pakar analisis politik merasakan waktunya bertepatan dengan banyak amalan politik sesuka hati yang diterapkan oleh ahli politik dari semenanjung.

Kejatuhan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan, dengan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri secara tiba-tiba pada bulan Februari, dicetuskan oleh ahli Parlimen yang menukar pakatan/kerjasama – sama seperti bagaimana kerajaan negeri Sabah jatuh beberapa bulan selepas itu pada bulan Julai.

Pelebaran sayap Warisan ke luar Sabah masuk akal kerana kerajaan nasional terus bersikap sebelah pihak, memihak kepada ahli politik semenanjung – walaupun saiz tanah Sabah dan Sarawak hampir dua kali ganda berbanding semenanjung.

Oleh itu Warisan yang ingin memiliki lebih banyak perwakilan pada peringkat persekutuan difikirkan masuk akal sekiranya parti itu mampu menolong memenuhi janji-janji tahun 1963 dan juga pembangunan pesat di Malaysia Timur agar setara dengan apa yang sudah ada di semenanjung.

Walaupun ramai yang mempersoalkan bagaimana Warisan boleh mencapai matlamat menjadi pemerintah persekutuan, kebenarannya adalah terdapat ramai orang Sabah di semenanjung dan hanya memerlukan perubahan dalam pendaftaran alamat pemilih untuk menyelesaikannya.

Parti politik yang kini mendominasi di peringkat persekutuan – PKR dan DAP, serta parti pemerintah Umno, PAS dan Bersatu – mungkin mendapati diri mereka akan dijatuhkan sekiranya penyokong setia Malaysia Timur menunjukkan belang sebenar.

Senario ini mungkin kelihatan tidak masuk akal sekarang, tetapi siapa yang dapat meramalkan kejatuhan Barisan Nasional di Parlimen pada Mei 2018? Sekiranya Pakatan Harapan berjaya melakukan pengambilalihan kerajaan persekutuan pada PRU14, bolehkah parti-parti Malaysia Timur seperti Warisan membuat satu lagi kejutan pada PRU15?

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Move by Sarawak MP to ditch PKR ‘a message to Anwar’, says analyst

The exit of Julau MP Larry Sng is also seen as a signal to Umno ahead of any move to reconvene Parliament.

Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini nafi keluar PKR

Awang nasihatkan ahli PKR untuk tidak mempercayai tuduhan beliau lompat parti.

Sabah, Sarawak dapat layanan adil, kata Muhyiddin

Terdapat banyak lagi usaha yang perlu dibuat bagi meletakkan kedua-dua negeri berkenaan agar setara dengan Semenanjung.

As GPS rides high in Sarawak, no sign of opposition joining forces

Bad blood between PSB and Pakatan Harapan in the state is likely to derail any cooperation, even in the interest of ensuring straight fights with the ruling GPS.

Ketika GPS berada di puncak, tiada tanda-tanda pembangkang akan bergabung

Pembangkang masih dilihat gagal mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi yang ingin ditandingi pada pilihan raya akan datang.