Sunday, February 28, 2021

Menteri kurang upaya untuk orang kurang upaya

Jabatan Hal Ehwal OKU perlu diwujudkan untuk menguruskan golongan ini.

Other News

2 PKR MPs quit, declare support for Muhyiddin in blow to party

The decision ends weeks of speculation about their frustration with PKR chief Anwar Ibrahim.

Pelan pemerkasaan Rukun Tetangga dilancarkan

Empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.

Stop the hypocrisy, Amanah tells PKR as rift widens over PH intra-hopping

This comes as Amanah loses five of its assemblymen in Selangor and Johor.

Amanah Bukit Bintang gesa kaji semula hubungan dengan PKR, kedudukan dalam PH

Mereka berkata, sudah tiada kesepakatan dalam gabungan yang dibentuk.

‘Jangan hipokrit, lidah bercabang’, kata Pemuda Amanah selepas PKR ‘curi’ 3 wakil rakyat

Sebagai rakan gabungan PH, menerima penyertaan wakil-wakil rakyat ini hanya akan mengeruhkan hubungan antara parti, kata Shazni.

Kurang dua minggu lagi kita akan menyambut tahun 2021 dengan negara masih dalam pandemik Covid-19 yang terus melanda.

Kita menerima khabar gembira mengenai bekalan vaksin sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung imunisasi untuk 6.4 juta rakyat yang menanti dengan pengharapan.

Menurut cerita vaksin ini akan dihantar pertama kali sebanyak sejuta dos pada suku pertama tahun hadapan dan diberi secara percuma.

Pertamanya pada barisan hadapan dan mereka berpenyakit kronik.

Kita terpesona dengan negara-negara yang berjaya melandaikan lekuk jangkitan dalam masa yang pendek seperti New Zealand dan Korea Selatan.

Kita perlu mengambil pendekatan seperti China dan Thailand bagi mematikan rantaian wabak dengan cukup berkesan.

Sehingga kini kes Covid-19 telah mencatat lebih 75 juta kes di seluruh dunia dan di Malaysia lebih 90,000 kes.

Pada masa yang sama, kerajaan bersetuju memperluas arahan bekerja dari rumah membabitkan penjawat awam seluruh negara.

Sebelum ini arahan itu hanya tertakluk perkhidmatan awam di negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Langkah itu bagi menangani masalah membabitkan ibu bapa yang perlu menjaga anak ekoran institusi pendidikan ditutup berikutan pelaksanaan PKPB.

Ketua jabatan bertanggungjawab untuk menentukan siapa perlu bekerja di rumah dan pejabat bagi memastikan kehadiran penjawat awam di tempat kerja sebanyak 30%.

Sektor industri pun ada kerja di rumah dan diperluaskan di seluruh negara.

Bagaimanapun, arahan ini tidak membabitkan sektor tidak formal seperti peruncitan, kompleks membeli-belah, restoran, warung, gerai, perladangan, perikanan dan semua sektor tidak berkaitan industri serta awam dibuka seperti biasa serta bekerja seperti biasa di tempat masing-masing.

Bekerja dari rumah sepatutnya menjadi kelebihan pada orang kurang upaya (OKU) yang selama ini dianaktirikan kerana keupayaan dan kelemahan fizikal atau anggota lain.

Walaupun 560,000 berdaftar tetapi jumlah OKU bukanlah kecil apabila 4.7 juta dianggarkan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 15 peratus daripada populasi sesebuah negara adalah komuniti OKU.

Antara faktor utama OKU tidak mendaftar adalah kerana mereka malu untuk berbuat demikian disebabkan ejekan dan tomahan.

Selain faktor stigma yang buruk masyarakat setempat terhadap golongan OKU.

Usaha mendaftar memerlukan kerjasama pelbagai pihak yang relevan.

Ini termasuk media bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan mendaftarkan individu OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat agar mereka tidak terus terpinggir dan tersisih.

Kalau 4.7 juta OKU adalah jumlah yang ramai, kita memerlukan seorang menteri yang juga OKU untuk mentadbirkan dengan staf semua OKU.

Bukan lagi JKM tetapi Jabatan Hal Ehwal OKU yang seharusnya berdiri dengan sendiri dengan belanjawan secukupnya.

Jabatan Hal Ehwal OKU mengkaji apa yang OKU perlukan dan melihat dengan lebih luas.

Bukan sekadar sisipan untuk agenda yang lebih besar dan dipandang dengan sebelah mata oleh orang berupaya.

Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Kadar Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.

Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450 sebulan.

Tetapi kita memerlukan lebih daripada itu untuk OKU yang berpengalaman dan pandai dalam bidang masing-masing.

Negara kita mempunyai OKU yang bertaraf profesor dengan ijazah, sarjana dan doktor falsafah.

Apakah kita meletakkan OKU ini di kelas bawah orang upaya selamanya?

Orang yang menjaga OKU di universiti juga bukan OKU kecuali UIAM, yang saya tahu.

Tidak pasti setiap universiti ada unit untuk OKU apalagi jabatan yang memerlukan 1% daripada stafnya OKU. Hanya dua kementerian yang lebih tidak sampai 2% OKU.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan di sebalik percaturan politik melihat nasib  4.7 juta OKU pada penghujung tahun 2020.

Bukan setakat belanjawan setiap tahun tetapi juga akal fikiran dan inspirasi OKU yang begitu ramai.

Saya merasakan 4.7 juta OKU walaupun tidak benar angka sebanyak itu, OKU juga manusia yang ingin terlibat dalam perencanaan OKU sendiri dan ramai yang layak untuk mentadbir jabatan hal-ehwal OKU.

Saya rasa menteri OKU dengan kekurangan dan kelemahan OKU sendiri tetapi mempunyai kepandaian dan otak yang lebih dari menteri-menteri sekarang, lebih layak untuk mengetahui nasib dan hala tuju OKU.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Disabled man turns to loan sharks after losing his stall

With no other way to support his family, Murugan Raju is struggling to repay his debt amid threats from 'ah long'.

OKU pinjam ‘ah long’ untuk teruskan hidup selepas hilang perniagaan

Tidak dibenarkan berniaga OKU sanggup tanggung risiko pinjam ah long semata-mata untuk teruskan kehidupan.

Down but not out for wheelchair-bound engineer

Although he initially suffered from resentment and anger at his injury, Sasitharan Chandran is now a motivational speaker who wants to help others in similar situations.

Bekas jurutera tidak putus asa selepas jadi OKU, berkerusi roda

Walaupun sebelum ini pernah berdepan dengan kekecewaan dan putus asa, Sasitharan Chandran, 53, bangkit kembali.

Menanti isyarat di Sarawak: Apabila penduduk cacat pendengaran pedalaman memerlukan rawatan perubatan

Kekurangan penterjemah bahasa isyarat di pusat kesihatan luar bandar merupakan satu masalah bagi mereka yang cacat pendengaran.