- Advertisement -
News

Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan

Bertarikh 4 Julai 1992 dan dibuat oleh KITA: DYMM SPB Yang diPertuan Agong IX Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin GhafarullahuLahu Shah; DYMM Tuanku Syed Putra ibnu Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis Indera Kayangan, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor Darul […]

Dibuat pada 4 Julai 1992
3 minute read
Share

Bertarikh 4 Julai 1992 dan dibuat oleh KITA:

DYMM SPB Yang diPertuan Agong IX Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin GhafarullahuLahu Shah; DYMM Tuanku Syed Putra ibnu Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis Indera Kayangan, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor Darul Ehsan; DYMM Tuanku Ja’far ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus; KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, Sultan Pahang Darul Makmur, DYMM Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni Almarhum Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Terengganu Darul Iman; dan KDYMM Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan.

BAHAWASANYA Perkara71 Perlembagaan Persekutuan memperunutkkan bahawa Persekutuan adalah menjadmin hak Raja sesebuah negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak Perlembagaan dan keistimewaan-keistimewaan Raja negeri itu mengikut Perlembagaan negeri itu:

DAN BAHAWASANYA mengikut Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dalam wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dimikmati hingga sekarang, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan berkenaan, adalah tetap tidak tersentuh;

DAN BAHAWASANYA KITA berhasrat supaya Perlembagaan dan Undang-Undang Malaysia dipatuhi oleh semua rakyat negara ini sepanjang masa;

DAN BAHAWASANYA KITA berpegang teguh kepada prinsip-prinsip “the Rule of Law”,

DAN BAHAWASANYA untuk mengelakkan sebarang salah tafsiran mengenai kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa;

MAKA, KITA, dengan ini membuat Perisytiharan mengenai bentuk dan had hak-hak keistimewaan dan bidang kuasa yang berikut:-

1. PENGLIBATAN DALAM POLITIK

1.1. Selaras dengan amalan dan konvensyen KITA tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalm parti politik.

2. PERLANTIKAN MENTERI BESAR

2.1. Selaras dengan Perlembagaan Negeri, KITA memperkenankan pencalonan seorang yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli dalam Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar.

2.2. Sekiranya tidak ada parti yang mendapat majoriti yang jelas di dalam Dewan Undangan Negeri, KITA hendaklah menggunakan budi bicara KITA dalam perlantikan tersebut selaras dengan prinsip-prinsip tertentu.

2.3. Apabila KITA tidak puas hati di atas kesesuaian orang yang dicalonkan sebagai Menteri Besar, KITA boleh merujuk pencalonan tersebut bagi dipertimbangkan semula oleh pemimpin parti berkenaan untuk keputusan muktamad.

3. PERLANTIKAN AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI

3.1 KITA mengakui bahawa perlantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah atas nasihat Menteri Besar sendiri dan selaras dengan Perlembagaan Negeri, KITA memperkenankan perlantikan tersebut.

4. BERTINDAK ATAS NASIHAT

4.1 KITA akan bertindak atas nasihat Majlis Msyuarat Kerajaan Negeri atau Menteri Besar selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negeri masing-masing.

4.2 KITA, selaras dengan amalan Perlembagaan yang tertentu, mengakui bahawa istilah yang serupa bermaksud bahawa KITA akan menerima dan memperkenankan nasihat dari Kerajaan Negeri sepertimana yang sipersembahkan oleh Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

4.3. Selaras dengan amalan Perlembagaan, KITA mempunyai hak untuk dirunding, hak memberi galakan dan hak memberi peringatan kepada Kerajaan.

4.4. Lanjutan dari hak KITA untuk mendapat sebarang maklumat mengenai pentadbiran Negeri sepertimana yang siperuntukkan dalam Perlembagaan setiap negeri, KITA adalah berhak untuk disembah taklimat oleh Menteri Besar apabila dititah mangadap pada bila-bila masa dan juga sebelum sesuatu mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

5. PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI TINGGI KERAJAAN

5.1. KITA akan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri atas perakuan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang berkenaan dan selaras dengan amalan dan peruntukan Perlembagaan Negeri, setelah nama calon dipersembahkan kepada KITA oleh Menteri Besar.

5.2. Selaras dengan amalan masa kini, KITA hendaklah dipersembah maklum terlebih dahulu semua perlantikan ketua-ketua Jabatan Persekutuan di peringkat Negeri.

5.3. KITA akan melantik ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri selaras dengan undang-undang negeri yang berkenaan.

6. PERNIAGAAN

6.1. KITA tidak boleh aktif falam perniagaan melainkan melalui pemegang amanah.

6.2. Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja boleh berniaga tetapi melalui pemegang amanah/penama (nominees).

7. PERBELANJAAN ISTANA

7.1. Datuk Pengelola Istana hendaklah mengawal dan mentadbir peruntukan perbelanjaan Istana yang dietapkan dalam Peruntukan Diraja (Civil List) mengikut peraturan kewangan.

8. AGAMA

8.1. Selaras dengan prinsip Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa KITA adalah Ketua Agama Islam di Negeri masing-masing. KITA mengesahkan kedudukan KITA bahawa KITA akan terus mendokong ajaran dan amalan agama Islam.

9. MEDIA MASSA

9.1. KITA selaras dengan amalan Perlembagaan tidak seharusnya mendedah atau membincangkan dengan pihak media massa apa-apa perkara yang mungkin menimbulkan kontroversi mengenai hal ehwal pentadbiran negeri.

10. DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG

10.1. Kecuali sebagaimana yang siperuntukkan selainnya dalam Perlembagaan Persekutuan. Perisytiharan ini akan dipakai, Mutatis mutandis terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

PERUNTUKAN KECUALIAN

Perisytiharan ini dibuat dengan tujuan untuk memberi penjelasan dan jaminan dan sesungguhnya dibuat tana prasangka kepada mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, Konvensyen yang sedia ada dan hak-hak keistimewaan.

Dibuat di Istana Negara pada 4 Julai 1992
Dengan titah Duli-Duli Yang Maha Mulia

Engku Datuk Ibrahim bin Engku Ngah
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses daily.

Share

Related Articles

No articles found.