Ribuan sertai protes di Kanada bantah sebar ideologi LGBT di sekolah
Gesaan supaya penyebaran ideologi itu dihentikan bagaimanapun dikritik Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.
Terkini
Protes terhadap indoktrinasi atau penyebaran ideologi secara halus lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di sekolah-sekolah berlaku di seluruh Kanada pada Rabu.
Ia sebagai sebahagian daripada gelombang "1 Million March for Children" yang menyaksikan puluhan ribu orang berkumpul di bandar-bandar utama.
Penunjuk perasaan, yang menggesa pihak berkuasa untuk menghentikan sebarang "ideologi berasaskan jantina" di sekolah, dikritik oleh Perdana Menteri Justin Trudeau, dengan menuduh mereka cuba menyebarkan kebencian.
"Transphobia, homophobia, dan biphobia tidak mempunyai tempat di negara ini," kata Trudeau di Twitter.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya kebencian ini dan manifestasinya, malah kami bersatu untuk menyokong 2SLGBTQI+ warga Kanada di seluruh negara – anda sah dan dihargai."
Penunjuk perasaan menggesa pihak berkuasa sekolah agar menghentikan indoktrinasi terhadap kanak-kanak, sambil membawa papan tanda seperti "Leave our Kids Alone!" dan "Hentikan Ideologi Gender".
Klip video pendek protes seumpama itu di Ottawa diciap semula oleh jutawan AS Elon Musk dengan satu komen ringkas "Wow".
Perhimpunan pada Rabu itu juga bertepatan dengan kempen oleh kumpulan ibu bapa, menggesa orang ramai supaya tidak menghantar anak mereka ke sekolah bagi membantah indoktrinasi seksual.
Protes itu mencerminkan perdebatan umum yang memuncak di seluruh AS dan Eropah mengenai naratif identiti jantina di sekolah, ketika pergerakan yang terdiri daripada kumpulan ibu bapa dan komuniti agama bergabung untuk membantah kandungan pro-LGBT didedahkan kepada anak-anak mereka termasuk bahan grafik.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.