- Iklan -
Luar Sana

New Zealand tetapkan peraturan vape untuk belia

Peraturan baharu itu menetapkan vape hendaklah berada sejauh mungkin daripada fikiran dan capaian kanak-kanak dan golongan muda.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Rokok elektronik disusun di dalam kabinet di kedai vape, 2 Mei. Gambar: Reuters
Rokok elektronik disusun di dalam kabinet di kedai vape, 2 Mei. Gambar: Reuters

New Zealand menetapkan peraturan menggunakan vape baharu untuk mengehadkan golongan muda daripada rokok elektronik itu, Xinhua memetik Menteri Kesihatan Ayesha Verrall pada Isnin.

Vape hendaklah berada sejauh mungkin daripada fikiran dan capaian kanak-kanak dan golongan muda, jadi mana-mana lokasi dalam lingkungan 300 meter (m) dari sekolah dan pusat tumpuan masyarakat, Marae akan dilarang daripada kedai vape yang baharu, kata Verrall.

"Vape memerlukan mekanisme keselamatan kanak-kanak, dan nama seperti 'gula kapas' dan 'donut jeli strawberi' akan diharamkan," katanya sambil menambah hanya nama generik yang menerangkan perisa dengan tepat boleh digunakan seperti "beri".

Peraturan baharu itu menetapkan paras nikotin maksimum untuk mengimbangi keperluan nikotin yang mencukupi untuk menjadi peranti berhenti merokok yang berkesan selain mengehadkan risiko ketagihan nikotin, terutamanya untuk golongan muda kata menteri itu.

Peraturan itu, yang akan berkuat kuasa pada 21 September, mensyaratkan hanya vape yang mempunyai bateri boleh tanggal yang menjadikannya lebih selamat dibenarkan dijual di New Zealand.

"Kami mencipta masa depan di mana produk tembakau tidak lagi ketagihan, menarik, atau mudah didapati, dan perkara yang sama perlu berlaku untuk rokok elektronik," kata Verrall.