Kastam Rotterdam rampas 8,000kg kokain di pelabuhan
Dadah tersebut yang dianggarkan bernilai AS$660 juta (kira-kira RM3 bilion) telah dimusnahkan.
Terkini
Pegawai kastam di Rotterdam merampas penghantaran lebih 8,000kg kokain yang disembunyikan dalam bekas pisang, kata pendakwa raya Belanda pada Khamis.
Rampasan ini adalah yang terbesar dalam rekod di pelabuhan itu.
Seorang jurucakap berkata dadah itu telah melalui perjalanan dari Ecuador melalui terusan Panama ke Rotterdam sebelum anjing penghidu menemuinya dalam pemeriksaan kontena pada 13 Julai.
Rampasan itu telah dirahsiakan bagi membantu siasatan, yang masih sedang berjalan.
Dadah tersebut yang dianggarkan bernilai AS$660 juta (kira-kira RM3 bilion) telah dimusnahkan.
Menurut jurucakap, tiada tangkapan dibuat dalam kes berkenaan di Belanda.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.