- Iklan -
Luar Sana

5 maut pesawat ringan langgar hangar di Poland

Ketua Komandan Perkhidmatan Bomba Poland, Andrzej Bartkowiak berkata pesawat itu mendarat ketika cuaca buruk yang mungkin menyebabkan kemalangan itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sebuah pesawat ringan Cessna 208 dilihat selepas terhempas di lapangan terbang di kampung Chrcynno, dekat Warsaw, pada 17 Julai. Gambar: AFP
Sebuah pesawat ringan Cessna 208 dilihat selepas terhempas di lapangan terbang di kampung Chrcynno, dekat Warsaw, pada 17 Julai. Gambar: AFP

Lima orang terbunuh dan lima lagi cedera selepas sebuah pesawat Cessna melanggar hangar lapangan terbang di Poland pada Isnin, lapor Xinhua.

Ketua Komandan Perkhidmatan Bomba Poland, Andrzej Bartkowiak, menerusi media sosial mengesahkan pesawat itu "melanggar hangar tempat orang berteduh," di bandar Chrcynno.

Beliau berkata pesawat itu mendarat ketika cuaca buruk yang mungkin menyebabkan kemalangan itu.

Seorang juruterbang meninggal dunia, seorang lagi cedera, manakala juruterbang ketiga selamat, lapor Agensi Akhbar Poland memetik Monika Nowakowska-Brynda dari Perkhidmatan Bomba Negeri.

Mangsa lain terdiri mereka yang berlindung di hangar itu, namun identiti mereka masih belum dikenal pasti. 

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi