- Iklan -
Luar Sana

6 maut helikopter terhempas di Nepal

Helikopter itu terhempas di kawasan Lamjura di daerah pergunungan Nepal pada Selasa.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pegawai dari Manang Air memberi isyarat kepada helikopter yang membawa mayat mangsa yang terbunuh dalam nahas helikopter milik Manang Air, di Hospital Pengajaran Universiti Tribhuvan di Kathmandu, Nepal 11 Julai. Gambar: Reuters

Sebuah helikopter yang membawa lima penumpang warga asing dan juruterbangnya terhempas di daerah pergunungan Nepal pada Selasa, tetapi nasib mereka masih belum diketahui, kata seorang pegawai tempatan.

Helikopter malang milik Manang Air itu terputus hubungan 15 minit selepas berlepas dari Surke di daerah Solukhumbu ke Kathmandu, ketua pegawai daerah Solukhumbu Basant Bhattarai memberitahu Xinhua.

"Helikopter itu terhempas di kawasan Lamjura di daerah ini. Kami sudah mengerahkan pasukan keselamatan ke lokasi nahas," katanya.

Pegawai itu menambah butiran nahas akan diperoleh sebaik pasukan keselamatan tiba di lokasi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal dalam ciapannya berkata pihaknya menghantar sebuah helikopter untuk operasi menyelamat.