- Iklan -
Luar Sana

Twitter ancam saman Meta selepas lancar Threads

Peguamnya menuduh syarikat itu tentang 'penyalahgunaan haram rahsia perdagangan Twitter dan harta intelek lain.'

AFP
2 minit bacaan
Kongsi
Mark Zuckerberg dilihat menulis pada aplikasi Meta, Threads dalam ilustrasi ini diambil pada 6 Julai. Gambar: Reuters
Mark Zuckerberg dilihat menulis pada aplikasi Meta, Threads dalam ilustrasi ini diambil pada 6 Julai. Gambar: Reuters

Twitter mengancam untuk memfailkan saman terhadap Meta hanya beberapa jam selepas syarikat induk Instagram itu melancarkan Threads, aplikasi yang diharapkan akan menyaingi platform yang dimiliki oleh Elon Musk. 

Dalam surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg, yang diterbitkan oleh saluran berita dalam talian Semafor pada Khamis, peguam Musk Alex Spiro menuduh syarikat itu tentang "penyalahgunaan haram rahsia perdagangan Twitter dan harta intelek lain."

Surat itu menuduh Meta mengupah berpuluh-puluh bekas pekerja Twitter yang "mempunyai dan terus mempunyai akses kepada rahsia perdagangan Twitter dan maklumat sulit lain." 

Threads ialah pencabar terbesar kepada Twitter milik Musk, yang menyaksikan beberapa siri pesaing berpotensi muncul tetapi belum menggantikan salah satu platform media sosial terbesar dunia, walaupun menghadapi kesukaran.

Tindakan terbaru Zuckerberg menentang Musk meningkatkan lagi persaingan antara dua jutawan itu bahkan telah bersetuju untuk bertemu untuk pertempuran sengit.

Zuckerberg dalam ciapan pertamanya untuk tempoh lebih sedekad, beliau menyiarkan Spiderman menunjuk pada “meme” Spiderman dalam rujukan jelas kepada persamaan antara Threads dan Twitter.

Threads kini boleh dimuat turun menerusi kedai aplikasi Apple dan Android di 100 negara pada malam semalam, dan maklum balas awal menyatakan ia hampir menyamai Twitter.

Dalam tempoh beberapa jam, lebih 30 juta pengguna telah memuat turun Thread, kata Zuckerberg hari ini.

"Rasanya seperti permulaan sesuatu yang istimewa, tetapi kami mempunyai banyak kerja di hadapan untuk membina aplikasi itu," tulis Zuckerberg pada akaun Threads rasminya hari ini. 

Akaun sudah aktif untuk selebriti seperti Jennifer Lopez, Shakira dan Hugh Jackman, serta saluran media termasuk The Washington Post dan The Economist. 

Pada Threads, Zuckerberg menulis: "Ia akan mengambil sedikit masa, tetapi saya fikir perlu ada aplikasi perbualan awam dengan lebih 1 bilion orang." 

Menurut Twitter, syarikat itu mempunyai lebih daripada 200 juta pengguna setiap hari.