- Iklan -
Luar Sana

Korea Utara dilihat tarik balik peraturan pakai pelitup muka, kata laporan

Negara terpencil itu mengekalkan perintah penutupan sempadan dan langkah anti-Covid lain dalam tempoh lama selepas kebanyakan negara lain meninggalkan sekatan tersebut.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar tidak bertarikh ini dikeluarkan dari Agensi Berita Pusat Korea Utara (KCNA) pada 2 Julai 2022 menunjukkan seorang kakitangan membasmi kuman di kemudahan untuk mencegah penularan Covid-19 di sebuah kedai di Pyongyang. Gambar: AFP

Korea Utara dilihat melonggarkan peraturan Covid-19, kata laporan media minggu ini, selepas agensi berita negara itu menyiarkan ramai penduduknya tidak memakai pelitup muka.

Negara terpencil itu mengekalkan perintah penutupan sempadan dan langkah anti-Covid lain dalam tempoh lama selepas kebanyakan negara lain meninggalkan sekatan tersebut. 

Televisyen dan akhbar Korea Utara tidak membuat sebarang pengumuman rasmi, tetapi ramai penduduknya dilihat tidak memakai pelitup muka di pawagam dan lokasi sesak.

Itu adalah "perubahan ketara" berbanding liputan akhbar sejak September, menurut penganalisis dengan NK News, sebuah portal berita yang berpangkalan di Seoul yang memantau Korea Utara.

Penduduk, kilang dan kumpulan sosial diberitahu bahawa peraturan pemakaian pelitup muka itu telah ditarik balik pada 1 Julai, menurut Radio Free Asia (RFA) yang berpangkalan di AS semalam, memetik sumber enggan namanya disiarkan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.