- Iklan -
Luar Sana

Biden tersungkur pada majlis graduasi tentera udara

Kepalanya juga terhantuk pada pintu helikopter sewaktu pulang ke Rumah Putih.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden AS Joe Biden tersungkur semasa majlis graduasi di Akademi Tentera Udara AS di El Paso County, Colorado, 1 Jun. Gambar: AFP
Presiden AS Joe Biden tersungkur semasa majlis graduasi di Akademi Tentera Udara AS di El Paso County, Colorado, 1 Jun. Gambar: AFP

Presiden Joe Biden dilapor tersungkur selepas kakinya tersadung sesuatu objek di atas pentas sewaktu menyerahkan skrol kepada kadet tentera yang baru saja tamat latihan pada majlis konvokesyen graduan di Akademi Tentera Laut di Colorado, semalam.

Beliau bagaimanapun kelihatan tidak cedera malah sempat berjenaka mengenai insiden berkenaan selepas itu.

Kejadian berlaku selepas beliau selesai menyerahkan skrol terakhir kepada salah seorang kadet tentera terbabit sebelum bergerak ke tempat duduk.

Kakitangan Tentera Udara membantunya untuk bangun.

Sewaktu bangun, Biden turut menunjuk ke arah objek yang dipercayai menjadi puncanya tersadung.

Ia menyerupai beg pasir hitam kecil di atas pentas. 

Pengarah komunikasi Rumah Putih Ben LaBolt dalam ciapan di Twitter sejurus selepas itu berkata “keadaan beliau baik-baik saja. Terdapat beg pasir di atas pentas."

Sebaik tiba di Rumah Putih dari Air Force One dan Marine One, Biden mengalami satu lagi nasib malang selepas kepalanya pada pinta helikopter.

Beliau tidak menunjukkan sebarang tanda kecederaan semasa berjalan melintasi South Lawn dan menyindir wartawan bahawa "Saya tersadung." 

Biden merupakan antara individu tertua memegang jawatan presiden dan sedang mempertahankan penggal kedua dalam pilihan raya 2024.

Laporan rasmi oleh pegawai perubatannya tahun ini menyatakan beliau sihat secara fizikal dan kerap bersenam. 

Pada November 2020, sejurus selepas memenangi pemilihannya menentang penyandang Donald Trump, Biden patah kaki ketika bermain dengan anjing peliharaannya.