- Iklan -
Luar Sana

Meta didenda €1.2 bilion kerana langgar undang-undang data EU

Kes ini berkaitan dengan keterlibatan Facebook dalam pengawasan massa oleh agensi perisikan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Logo kumpulan perniagaan Meta Platforms Inc dilihat di Brussels, Belgium pada 6 Disember 2022. Gambar: Reuters
Logo kumpulan perniagaan Meta Platforms Inc dilihat di Brussels, Belgium pada 6 Disember 2022. Gambar: Reuters

Syarikat induk Facebook Meta dikenakan denda sebanyak €1.2 bilion (AS$1.29 bilion, RM5.85 bilion) kerana melanggar undang-undang data Kesatuan Eropah (EU), lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa perlindungan data Ireland DPC pada Isnin.

Kes ini berkaitan dengan keterlibatan Facebook dalam pengawasan massa oleh agensi perisikan Anglo-Amerika, yang didedahkan oleh pemberi maklumat AS Edward Snowden.

Firma itu telah melanggar Peraturan Perlindungan Data Am EU, menurut DPC.

DPC ialah pihak berkuasa bebas yang bertanggungjawab menegakkan hak asasi individu di EU bagi melindungi data peribadi mereka.

Tiada kenyataan dikeluarkan pemilik Meta Mark Zuckerberg setakat ini.