- Iklan -
Luar Sana

PM Slovakia letak jawatan ekoran krisis politik

Eduard Heger menyerahkan kepada presiden dan kerajaan sementara untuk membawa Slovakia kepada pilihan raya yang bebas dan demokratik.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri sementara Slovakia Eduard Heger. Gambar: Reuters
Perdana Menteri sementara Slovakia Eduard Heger. Gambar: Reuters

Perdana Menteri sementara Slovakia Eduard Heger mengumumkan peletakan jawatannya, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Ahad.

Heger yang mengetuai kerajaan sementara selepas gabungan empat partinya sendiri tumbang pada Disember tahun lepas, menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Zuzana Caputova.

“Saya telah meminta presiden membatalkan mandat saya,” kata Heger yang terkenal atas sokongan padunya terhadap Ukraine menentang Rusia dalam perang semasa.

Heger berkata beliau menyerahkan kepada presiden dan kerajaan sementara untuk membawa Slovakia kepada pilihan raya yang bebas dan demokratik.

Awal minggu ini, Menteri Pertanian Heger Samuel Vlcan memutuskan untuk berundur dan diikuti peletakan jawatan Menteri Luar Rastislav Kacer.

Sementara itu, Caputova dilaporkan mengesahkan bahawa kerajaan teknikal akan dilantik pada 15 Mei.

Ludovit Odor yang juga timbalan ketua Bank Negara Slovakia akan berkhidmat sebagai ketua kabinet sehingga pilihan raya mengejut pada September.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.