- Iklan -
Luar Sana

Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.3 gegarkan Jepun

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami akibat gempa berkenaan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bendera berbentuk ikan emas yang dikenali sebagai ‘Koinobori’ dan merupakan simbol kesihatan dan kekuatan untuk kanak-kanak dipamerkan berhampiran menara pencakar langit Tokyo Skytree di Tokyo, Jepun menjelang sambutan Hari Kanak-kanak, hari ini. Gambar: Reuters

Gempa bumi kuat menggegarkan Jepun pada Jumaat, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi dengan magnitud 6.2 berhampiran pantai barat pulau Honshu melanda negara itu kira-kira 2.42 petang, lapor Agensi Anadolu memetik USGS.

Bagaimanapun, Agensi Meteorologi Jepun dalam satu kenyataan berkata magnitud gempa bumi itu adalah 6.3 yang menggegarkan wilayah Ishikawa dan kawasan sekitar tengah Jepun, lapor Kyodo News.

Tambah agensi cuaca itu, tiada ancaman tsunami akibat gempa berkenaan.