- Iklan -
Luar Sana

Lebih 42,000 pelajar sekolah di Tanzania tidak bersekolah kerana hamil

Pelajar sekolah menengah yang hamil menyumbang 28% daripada 82,236 pelajar yang dijadualkan menamatkan pendidikan peringkat biasa pada 2021.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sebanyak 28% daripada 82,236 pelajar sekolah menengah yang dijadualkan menamatkan pendidikan peringkat biasa pada 2021 direkodkan hamil. Gambar: Pexels
Sebanyak 28% daripada 82,236 pelajar sekolah menengah yang dijadualkan menamatkan pendidikan peringkat biasa pada 2021 direkodkan hamil. Gambar: Pexels

Sekurang-kurangnya 42,954 pelajar perempuan berhenti sekolah antara Julai 2021 dan Jun 2022 kerana hamil, menurut laporan terbaru oleh Pengawal dan Ketua Audit Negara (CAG) Tanzania.

Menurut laporan CAG 2021/2022 yang dibentangkan di parlimen di Dodoma, daripada 42,954 pelajar yang hamil, 23,009 terdiri pelajar sekolah menengah dan 19,945 murid sekolah rendah, lapor Xinhua.

Pelajar sekolah menengah yang hamil menyumbang 28% daripada 82,236 pelajar yang dijadualkan menamatkan pendidikan peringkat biasa pada 2021.

Menurut laporan itu, sekolah menengah yang mempunyai bilangan pelajar paling ramai hamil adalah dari perbandaran Kinondoni di wilayah Dar es Salaam iaitu seramai 4,652 orang, diikuti di wilayah Mtwara seramai 3,783 dan di wilayah Mwanza seramai 2,570. 

Bagi sekolah rendah, bilangan murid paling ramai hamil dilaporkan di daerah Kwimba iaitu 9,045 orang diikuti di daerah Uvinza seramai 2,172 orang, menurut laporan itu.