- Iklan -
Luar Sana

Korea Selatan, AS dakwa dokumen Pentagon dikatakan bocor adalah palsu

Kedua-dua pihak berpendapat bahawa banyak maklumat yang didedahkan itu telah direka-reka.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bangunan Pentagon dilihat di Arlington, Virginia, Amerika Syarikat 6 April. Gambar: Reuters
Bangunan Pentagon dilihat di Arlington, Virginia, Amerika Syarikat 6 April. Gambar: Reuters

Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan penilaian bahawa kebanyakan maklumat yang terkandung dalam dokumen Pentagon yang dikatakan bocor adalah palsu.

"Menerusi perbualan telefon antara menteri pertahanan kedua-dua negara pada pagi ini, kedua-dua pihak berpendapat bahawa banyak maklumat yang didedahkan itu telah direka-reka," kata Timbalan Prinsipal Penasihat Keselamatan Korea Selatan Kim Tae Hyo.

Beliau berkata demikian sebelum berlepas ke Washington untuk mengadakan perbincangan mengenai persiapan lawatan negara Presiden Yoon Suk Yeol ke AS, lapor Agensi Berita Yonhap. 

Sempena lawatan itu, Yoon merancang untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden AS Joe Biden di Rumah Putih pada 26 April.

Baru-baru ini, banyak laporan mengenai Washington didakwa mencuri dengar perbualan pegawai keselamatan Korea Selatan baru-baru ini.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Lee Jong Sup yang bercakap dengan Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin bersetuju bahawa kebanyakan maklumat yang didedahkan itu adalah tidak benar, kata Kim. 

Beliau menegaskan pihak berkuasa AS akan cuba mencari dalang insiden itu yang dijangkakan mungkin mengambil sedikit masa.