- Iklan -
Luar Sana

Syarikat mega Alibaba berpecah kepada 6 entiti

Enam entiti itu akan mempunyai ketua eksekutif dan lembaga pengarah mereka sendiri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Logo Alibaba Group dilihat di pejabatnya di Beijing, China pada 5 Januari 2021. Gambar: Reuters
Logo Alibaba Group dilihat di pejabatnya di Beijing, China pada 5 Januari 2021. Gambar: Reuters

Peruncit dan syarikat e-dagang global Alibaba mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan berpecah kepada enam entiti berbeza.

Enam entiti itu akan mempunyai ketua eksekutif (CEO) dan lembaga pengarah mereka sendiri, lapor UPI.

Kumpulan perniagaan dan syarikat perniagaan akan menubuhkan lembaga pengarah masing-masing, dan melaksanakan sistem tanggungjawab CEO di bawah kepimpinan lembaga pengarah setiap entiti dan syarikat perniagaan, manakala Alibaba Group akan memberi tumpuan terhadap model pengurusan syarikat induk dalam cara yang menyeluruh, menurut Alibaba dalam satu kenyataan Selasa.

Lima daripada enam entiti itu,  mempunyai fleksibiliti untuk mendapatkan modal luar dan berpotensi untuk mendapatkan IPO sendiri.

Transformasi ini akan memperkasakan semua perniagaan kami supaya menjadi lebih rancak, dan membolehkan tindak balas yang lebih pantas terhadap perubahan pasaran, kata Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba Daniel Zhang dalam satu kenyataan.

Pada 2020, organisasi teknologi kewangan Alibaba, Ant Group, terpaksa menarik balik tawaran awam bernilai AS$37 bilion di pasaran saham Hong Kong dan Shanghai selepas campur tangan pengawal selia China.

Pada 2021, Alibaba didenda AS$2.8 bilion oleh pengawal selia ‘antitrust’ China.

Pengumuman pada Selasa itu menyaksikan peningkatan sembilan peratus nilai saham Alibaba dalam dagangan pra-pasaran di Amerika Syarikat.