- Iklan -
Luar Sana

Tentera Ukraine tingkatkan serangan di wilayah Zaporizhzhia

Rusia menganggap wilayah Zaporizhzhia sebagai sebahagian daripada wilayahnya sejak 30 September 2022.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Tentera Ukraine melepaskan tembakan dengan pelancar bom jenis RPG-7 semasa latihan ketenteraan, di tengah-tengah serangan Rusia ke atas Ukraine, di wilayah Zaporizhzhia, Ukraine, 14 Mac. Gambar: Reuters
Tentera Ukraine melepaskan tembakan dengan pelancar bom jenis RPG-7 semasa latihan ketenteraan, di tengah-tengah serangan Rusia ke atas Ukraine, di wilayah Zaporizhzhia, Ukraine, 14 Mac. Gambar: Reuters

Tentera Ukraine meningkatkan serangan mereka di wilayah Zaporizhzhia, namun dipatahkan oleh tentera Rusia, kata ahli majlis utama pentadbiran wilayah Zaporizhzhia Vladimir Rogov, lapor Sputnik.

Pada Rabu, pergerakan tentera di daerah Polohivskyi di wilayah Zaporizhzhia juga digagalkan dan terpaksa kembali ke kedudukan asal.

Rusia menganggap wilayah Zaporizhzhia sebagai sebahagian daripada wilayahnya sejak 30 September 2022, apabila Presiden Vladimir Putin dan ketua wilayah itu menandatangani perjanjian penyatuan dengan Rusia susulan referendum yang disokong majoriti besar penduduk tempatan.

Kira-kira 70 peratus wilayah itu kini dikuasai oleh Rusia namun tentera Ukraine masih menguasai ibu negeri dan bandar terbesar di wilayah itu, Zaporizhzhia.