- Iklan -
Luar Sana

Lebih 100,000 kes Covid-19 kanak-kanak dikesan di AS sejak 4 minggu lepas

Kes jangkitan mingguan membabitkan kanak-kanak dilaporkan meningkat pada purata kira-kira 32,000 kes.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Tustin, California, memegang tangan ibunya ketika menerima vaksin Pfizer Covid-19 daripada seorang pekerja kesihatan pada 13 Mei, 2022. Gambar: AP
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Tustin, California, memegang tangan ibunya ketika menerima vaksin Pfizer Covid-19 daripada seorang pekerja kesihatan pada 13 Mei, 2022. Gambar: AP

Lebih 106,000 kes jangitan Covid-19 membabitkan kanak-kanak dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh empat minggu lepas, menurut laporan American Academy of Pediatrics (AAP) dan Persatuan Hospital Kanak-kanak.

Menurut laporan itu, hampir 15.5 juta kanak-kanak di negara ini telah dijangkiti Covid-19 sejak wabak itu menular, lapor Xinhua.

Dalam tempoh lima bulan lalu, kes jangkitan membabitkan kanak-kanak yang dilaporkan secara mingguan meningkat pada purata kira-kira 32,000 kes.

Terdapat keperluan untuk mengumpul lebih banyak data khususnya melibatkan umur bagi menilai tahap penyakit yang berkaitan dan varian baharu serta potensi kesan jangka panjang.

Menurut AAP, terdapat kesan segera terhadap kesihatan kanak-kanak, tetapi kesan berpanjangan terhadap fizikal, mental dan kesejahteraan sosial generasi kanak-kanak dan belia juga perlu dikenal pasti.