- Iklan -
Luar Sana

Thailand bimbang peningkatan obesiti dalam kalangan kanak-kanak

Ia dijangka jadi lebih teruk andai ibu bapa dan guru gagal tingkatkan kesedaran pemakanan, menurut kementerian kesihatan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang kanak-kanak sedang berdoa di kuil Wat Phra Dhammakaya semasa upacara memperingati Hari Makha Bucha di wilayah Pathum Thani di luar Bangkok, Thailand, 6 Mac. Gambar: Reuters
Seorang kanak-kanak sedang berdoa di kuil Wat Phra Dhammakaya semasa upacara memperingati Hari Makha Bucha di wilayah Pathum Thani di luar Bangkok, Thailand, 6 Mac. Gambar: Reuters

Hampir 10% kanak-kanak di Thailand mengalami obesiti dan situasi ini dijangka menjadi lebih teruk andai ibu bapa dan guru gagal meningkatkan kesedaran mengenai pemakanan dalam kalangan golongan muda, menurut Kementerian Kesihatan. 

Pusat Data Kesihatan kementerian menyatakan bahawa sebanyak 9.1% kanak-kanak berumur 0 hingga 5 tahun mempunyai berat badan berlebihan, manakala 13.4% melibatkan mereka yang berumur 6 hingga 14 tahun dan 13.2% dalam kalangan yang berumur 15 hingga 18 tahun, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Persekutuan Obesiti Sedunia meramalkan bahawa kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak dijangka meningkat dua kali ganda antara 2020 dan 2035.

Laporan mengenai diet kanak-kanak Thailand mendapati satu pertiga mengambil makanan ringan dan minuman manis setiap hari dan hampir 30% bebas memilih makanan berdasarkan pilihan mereka.

Ketua Jabatan Kesihatan Dr Suwannachai Wattanayingcharoenchai berkata anak muda mudah terdedah kepada makanan yang mengandungi kandungan lemak, gula dan garam yang tidak sihat.

Beliau mencadangkan ibu bapa dan sekolah harus mendidik mereka cara untuk memilih makanan dan memupuk kesedaran mengenai kesan buruk diet yang tidak sihat kepada kesihatan.