- Iklan -
Luar Sana

China dijangka tambah perbelanjaan ketenteraan tahun ini

Perbelanjaan dasar luar juga dijangka meningkat 12.2%, manakala perbelanjaan keselamatan awam akan meningkat 6.4%, menurut draf belanjawan Beijing.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
China dijangka meningkatkan perbelanjaan ketenteraan sebanyak 7.2% tahun ini iaitu mencecah sehingga kira-kira RM1 trilion, memetik draf belanjawan diterbitkan pada Ahad. Gambar: AP
China dijangka meningkatkan perbelanjaan ketenteraan sebanyak 7.2% tahun ini iaitu mencecah sehingga kira-kira RM1 trilion, memetik draf belanjawan diterbitkan pada Ahad. Gambar: AP

China dijangka meningkatkan perbelanjaan ketenteraan sebanyak 7.2 % tahun ini iaitu mencecah sehingga 1,553.7 bilion yuan (kira-kira AS$224.8 bilion atau RM1 trilion), memetik draf belanjawan yang diterbitkan pada Ahad.

"Perbelanjaan pertahanan negara (akan berjumlah) 1,553.7 bilion yuan, peningkatan sebanyak 7.2%," menurut dokumen yang dikeluarkan pada pembukaan sesi tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), lapor Sputnik.

Perbelanjaan pertahanan China pada 2022 berjumlah 1,449.963 bilion yuan (kira-kira AS$209.9 bilion atau RM939.51 bilion).

Selain itu, perbelanjaan untuk dasar luar negara juga dijangka meningkat sebanyak 12.2% pada 2023 manakala perbelanjaan keselamatan awam akan meningkat sebanyak 6.4%.