- Iklan -
Luar Sana

Projek kilang Tesla di Mexico bakal sedia lebih 5,000 peluang kerja

Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador berkata kilang itu akan dibina dekat Monterrey dan projek berkenaan mewakili pelaburan besar.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung melihat kereta Tesla Model 3 yang diletakkan di ruang pameran pembuat kenderaan elektrik Amerika Syarikat itu di Beijing, China, 4 Februari. Gambar: Reuters
Pengunjung melihat kereta Tesla Model 3 yang diletakkan di ruang pameran pembuat kenderaan elektrik Amerika Syarikat itu di Beijing, China, 4 Februari. Gambar: Reuters

Pengeluar kenderaan elektrik Tesla menyasarkan untuk menyediakan 5,000 hingga 6,000 peluang pekerjaan dan menarik aliran pelaburan sehingga AS$5 bilion (kira-kira RM22.39 bilion), menerusi projek pembinaan kilang di Mexico, lapor Xinhua.

Kementerian Luar Mexico, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengalu-alukan pengesahan syarikat itu bahawa kilang Tesla akan dibina di Santa Catarina, sebuah bandar di Nuevo Leon.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, kilang itu akan menyumbang kepada pengeluaran kereta elektrik dan membantu membangunkan teknologi untuk penyimpanan tenaga bersih.

Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador berkata kilang itu akan dibina berhampiran Monterrey, ibu negeri Nuevo Leon dan projek berkenaan mewakili pelaburan "besar" yang akan mewujudkan banyak pekerjaan.