- Iklan -
Luar Sana

Korban nahas kereta api Greece cecah 57 nyawa

Anggota penyelamat masih menjalankan operasi bagi mencari mangsa yang terselamat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pasukan penyelamat sedang menjalankan kerja mencari mangsa di lokasi nahas, di mana dua kereta api bertembung, berhampiran bandar Larissa, Greece, 2 Mac. Gambar: Reuters
Pasukan penyelamat sedang menjalankan kerja mencari mangsa di lokasi nahas, di mana dua kereta api bertembung, berhampiran bandar Larissa, Greece, 2 Mac. Gambar: Reuters

Angka korban nahas kereta api di utara Greece meningkat kepada 57 orang dengan sekurang-kurangnya 10 lagi masih hilang, lapor Agensi Anadolu.

Anggota penyelamat dan bomba masih menjalankan operasi bagi mencari mangsa yang terselamat selepas kereta api penumpang yang membawa lebih 350 orang itu bertembung dengan kereta api barang di bandar Tempi, berhampiran Larissa.

Ketua perkhidmatan forensik bandar Larissa, Rubini Leontari, berkata sekurang-kurangnya 14 lagi mayat rentung ditemukan pada Khamis.

Beliau berkata beberapa gerabak terbakar dan dikhuatiri ramai mangsa yang terperangkap.

Sekurang-kurangnya 72 penumpang yang cedera dimasukkan ke hospital dengan 15 daripada mereka telah discaj manakala enam lagi kritikal.

Mangsa termasuk sembilan pekerja kereta api dan pelajar universiti.

Pakar psikologi juga dihantar ke Hospital Besar Larissa untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa dan penumpang.