Greta Thunberg ditahan polis Norway semasa protes
Aktivis alam sekitar itu ditahan bersama yang lain ketika mereka menghalang salah satu pintu masuk kementerian kewangan.
Terkini
Polis Norway pada Rabu menahan aktivis alam sekitar Greta Thunberg semasa tunjuk perasaan di Oslo, kata seorang saksi.
Para aktivis orang asli dan lain-lain menuntut kerajaan membuang turbin angin di padang rumput di Norway, membantah sejak beberapa hari selain menyekat akses ke beberapa bangunan kerajaan.
Thunberg dan lain-lain yang menghalang salah satu pintu Kementerian Kewangan Norway di bawa keluar dari kawasan itu oleh pegawai polis ketika penunjuk perasaan lain menjeritkan slogan.
Pada 2021 Mahkamah Agung Norway memutuskan bahawa dua ladang angin yang dibina di Fosen di tengah Norway melanggar hak asasi golongan Sami di bawah konvensyen antarabangsa. Namun turbin itu kekal beroperasi selepas lebih 16 bulan kemudian.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.