- Iklan -
Luar Sana

Mahkamah lanjutkan penahanan Andrew Tate, adik sehingga hujung Mac

Peguam mereka berhujah pihak pendakwa tidak beri atau bawa tuduhan baru selepas Andrew dan Tristan ditangkap Disember lepas, mohon pelepasan namun ditolak mahkamah di Romania.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Andrew Tate (kiri) dan adiknya Tristan Tate diiringi pegawai polis di luar ibu pejabat Mahkamah Rayuan Bucharest, di Bucharest, Romania, 1 Februari. Gambar: Reuters
Andrew Tate (kiri) dan adiknya Tristan Tate diiringi pegawai polis di luar ibu pejabat Mahkamah Rayuan Bucharest, di Bucharest, Romania, 1 Februari. Gambar: Reuters

Mahkamah Romania pada Isnin mengekalkan penahanan pempengaruh terkenal Andrew Tate dan adiknya Tristan dan menolak rayuan dari peguam mereka.

Dua beradik itu berada dalam tahanan polis sejak 29 Disember ketika pendakwa menyiasat mereka dan dua wanita Romania atas tuduhan pemerdagangan manusia, merogol dan membentuk geng jenayah untuk mengeksploitasi wanita secara seksual. Mereka bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Penahanan Adrew dan Tristan, yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Amerika Syarikat (AS) dan British, dilanjutkan sehingga akhir bulan Mac. Pendakwa boleh meminta mahkamah Romania untuk melanjutkan penahanan sehingga 180 hari.

Mahkamah pada 21 Februari memerintah kedua-dua suspek wanita, Georgiana Naghel dan Luana Radu, ditempatkan di bawah tahanan rumah ketika waran tangkap mereka tamat pada Isnin.

Peguam dua beradik itu berhujah terhadap penahanan berterusan mereka, mengatakan pendakwa tidak memberikan bukti baru atau membawa tuduhan baru.

Hakim sebelum ini mengatakan Andrew dan Tristan menimbulkan risiko penerbangan dan pembebasan mereka boleh menjejaskan siasatan.

Andrew Tate, bekas pemain peninju profesional dari Luton di selatan England, mempunyai berjuta-juta pengikut dalam talian di mana beliau mempromosikan gaya hidup mewah yang dikatakannya hasik pelaburan termasuk perniagaan webcam lucah.

Beliau mendapat perhatian warganet selepas mengeluarkan ucapan misoginistik yang menyebabkannya diharamkan dari semua platform media sosial utama, walaupun Twitter mengembalikan akaunnya selepas Elon Musk membeli syarikat itu tahun lepas.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.