- Iklan -
Luar Sana

Hong Kong mansuh mandat pelitup muka Covid

Pulau hab kewangan itu antara yang paling lewat untuk mansuhkan peraturan pemakaian pelitup muka di dunia ini.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai memakai pelitup muka di stesen MTR, sehari sebelum kerajaan mansuhkan mandat tersebut di Hong Kong, China, 28 Februari. Gambar: Reuters
Orang ramai memakai pelitup muka di stesen MTR, sehari sebelum kerajaan mansuhkan mandat tersebut di Hong Kong, China, 28 Februari. Gambar: Reuters

Hong Kong akan memansuhkan pemakaian pelitup muka Covid-19, kata ketua eksekutif John Lee pada Selasa, dalam usaha untuk menarik kembali pelawat dan perniagaan selain memulihkan kehidupan normal selepas lebih tiga tahun peraturan ketat itu dikenakan.

Langkah tersebut akan berkuat kuasa bermula pada Rabu, kata Lee pada sidang media. Wilayah pentadbiran khas Hong Kong merupakan salah satu tempat terakhir di dunia yang masih mengenakan mandat tersebut.

Hong Kong dan Macau kedua-duanya mengikuti dasar sifar Covid China sejak tiga tahun lepas. Hong Kong mula mengendurkan peraturan Covid yang ketat tahun lepas tetapi pemakaian pelitup muka tetap diterusan sejak 2020.

Pentadbiran di Macau berkata pada 26 Februari bahawa ia akan membatalkan keperluan pelitup muka Covid untuk kebanyakan lokasi, kecuali pengangkutan awam, hospital dan beberapa kawasan lain.

Di tanah besar China, penduduknya sudah tidak diperlukan memakai pelitup muka di luar rumah, walaupun pihak berkuasa menggalakkan mereka berbuat demikian di dalam bangunan awam seperti lapangan terbang dan stesen kereta api.

Langkah Hong Kong untuk memansuhkan pelitup muka muncul selepas kerajaannya bulan ini melancarkan kempen promosi yang dipanggil "Hello Hong Kong" untuk menarik kembali pelancong dan perniagaan yang, sejak 2020, menjauhkan diri daripada pulau bekas koloni British tersebut.

Hong Kong mengamalkan undang-undang ketat mandat itu, walaupun di sekolah di mana kanak-kanak berusia 2 tahun diberi diarahkan memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah. Ramai pelajar dan guru bimbang tentang kesan pembelajaran dan perkembangan kanak -kanak.

Pelajar masih diberi mandat untuk mengambil ujian Covid setiap hari walaupun pihak berkuasa mengumumkan minggu lalu bahawa ia akan dibatalkan bermula 1 Mac untuk pelajar sekolah menengah dan 15 Mac bagi sekolah rendah dan taska.