- Iklan -
Luar Sana

Australia pinda undang-undang siber

Penggodaman Optus dan Medibank pada 2022 telah mendedahkan kelemahan berkaitan undang-undang siber, kata menteri dalam negeri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Dalam Negeri Australia Clare O'Neil memaklumkan bahawa penggodaman Optus dan Medibank pada 2022 telah mendedahkan kelemahan berkaitan undang-undang siber negara itu, 27 Februari. Gambar: Reuters
Menteri Dalam Negeri Australia Clare O'Neil memaklumkan bahawa penggodaman Optus dan Medibank pada 2022 telah mendedahkan kelemahan berkaitan undang-undang siber negara itu, 27 Februari. Gambar: Reuters

Kerajaan Australia mengumumkan pindaan terhadap undang-undang keselamatan sibernya susulan beberapa kejadian pencerobohan data utama.

Menteri Dalam Negeri Clare O'Neil pada Isnin memaklumkan bahawa penggodaman Optus dan Medibank 2022 telah mendedahkan kelemahan berkaitan undang-undang siber.

Penyelaras kebangsaan baharu untuk keselamatan siber akan dilantik bagi mengetuai pelaksanaan strategi itu, dengan kerajaan diberi kuasa untuk campur tangan ekoran kejadian pencerobohan data, lapor agensi berita Xinhua.

Gergasi telekomunikasi Optus pada September mendedahkan data melibatkan 9.8 juta pelanggan mungkin terjejas dan disifatkan antara pencerobohan data terbesar dalam sejarah Australia.

Sebulan kemudian, penyedia insurans kesihatan Medibank mendedahkan bahawa penggodam telah mengakses maklumat peribadi 9.7 juta pelanggannya.

"Seorang individu dalam perkhidmatan awam akan menyelaraskan tindak balas terbabit dan memastikan bahawa kita dapat menghalang dan mencegah serangan siber," beliau memberitahu radio Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Kerajaan berharap untuk melantik seseorang dalam tempoh sebulan bagi membangunkan pelan tindak balas.