- Iklan -
Luar Sana

Kadar kesuburan di Korea Selatan merosot lagi

Purata bilangan bayi yang dijangkakan bagi setiap wanita Korea Selatan sepanjang hayat kesuburannya turun kepada 0.78 pada 2022 turun berbanding 0.81 tahun sebelumnya.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa wanita memakai pakaian tradisional Hanbok semasa berjalan ketika musim luruh di Seoul pada 21 November 2022. Gambar: AFP
Beberapa wanita memakai pakaian tradisional Hanbok semasa berjalan ketika musim luruh di Seoul pada 21 November 2022. Gambar: AFP

Kadar kesuburan Korea Selatan turun tahun lalu ke paras terendah, menurut data dikeluarkan hari ini, dalam satu lagi prestasi suram bagi negara itu dengan jumlah kanak-kanak yang dijangkakan terendah di dunia bagi setiap wanita. 

Purata bilangan bayi yang dijangkakan bagi setiap wanita Korea Selatan sepanjang hayat kesuburannya turun kepada 0.78 pada 2022 turun berbanding 0.81 tahun sebelumnya, bacaan tahunan rasmi dari Perangkaan Korea Selatan. 

Itu adalah yang terendah dalam kalangan negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), yang mempunyai kadar purata 1.59 pada 2020, dan jauh di bawah 1.64 di Amerika Syarikat dan 1.33 di Jepun pada tahun yang sama. 

Kerajaan negara itu gagal mengekang penurunan kadar kelahiran walaupun membelanjakan berbilion dolar setiap tahun untuk subsidi penjagaan kanak-kanak. 

Sehingga 2020, Korea Selatan merupakan satu-satunya negara dalam kalangan ahli OECD yang mempunyai kadar kelahiran di bawah 1, sekali gus memberikannya populasi yang semakin berkurangan.

Berkahwin dilihat sebagai prasyarat untuk mempunyai anak di Korea Selatan, tetapi perkahwinan juga merudum di negara itu di tengah-tengah kos perumahan dan pendidikan yang tinggi. 

Seoul mencatatkan kadar kelahiran terendah iaitu 0.59.