Luar Sana
3 maut, 5 cedera insiden tembakan di Universiti Michigan
Polis sedang memburu seorang suspek lelaki.
Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di kampus Universiti Michigan pada malam Isnin, lapor Xinhua.
Tembakan pertama dilepaskan di dalam dewan kampus di bahagian utara pada 8:18 malam waktu tempatan, disusuli tembakan kedua di dewan berhampiran, kata jurucakap universiti Emily Guerrant dalam sidang media.
Polis sedang memburu seorang suspek lelaki.
Pihak universiti sebelum ini meminta agar pelajar untuk "menyelamatkan diri dengan segera."
Hampir 30 trak bomba, ambulans dan kenderaan kecemasan lain dikerah ke lokasi kejadian.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi