- Iklan -
Luar Sana

Boeing derma RM2.154 juta bagi bantuan gempa di Turkiye

Menurut syarikat berkenaan, derma berkenaan akan disalurkan melalui Palang Merah Amerika dalam usaha pemulihan dan bantuan gempa bumi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita diselamatkan daripada serpihan runtuhan bangunan selepas gempa bumi di Kahramanmaras, Turkiye, 9 Februari. Gambar: Reuters
Seorang wanita diselamatkan daripada serpihan runtuhan bangunan selepas gempa bumi di Kahramanmaras, Turkiye, 9 Februari. Gambar: Reuters

Syarikat Boeing pada Khamis mengumumkan sumbangan berjumlah AS$500,000 (kira-kira RM2.154 juta) daripada Boeing Charitable Trust bagi membantu mereka yang terjejas akibat gempa bumi di Turkiye baru-baru ini.

Menurut syarikat berkenaan, derma berkenaan akan disalurkan melalui Palang Merah Amerika dalam usaha pemulihan dan bantuan gempa bumi, lapor Xinhua.

"Kemusnahan akibat gempa bumi ini sangat besar dan memerlukan tindak balas global.

"Takziah kami ucapkan kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang," kata Presiden Boeing Antarabangsa Brendan Nelson.

Sebagai sebahagian daripada program Boeing Gift Match, syarikat itu juga akan menyalurkan derma daripada pekerja Boeing kepada organisasi amal yang menyokong pemulihan dan projek bantuan gempa bumi di Turkiye.

Boeing menyalurkan lebih AS$6 juta untuk tujuan amal sepanjang dekad lalu.