- Iklan -
Luar Sana

Disney buang 7,000 pekerja susulan jumlah langganan penstriman susut

Pemberhentian pekerja itu mengikut jejak langkah gergasi teknologi Amerika Syarikat yang melakukan pengurangan tenaga kerja susulan pengambilan ramai kakitangan sejak kemuncak pandemik.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Pelanggan Disney+, turun 1% kepada 161.8 juta pelanggan pada 31 Disember, berbanding tiga bulan sebelumnya. Gambar: Reuters
Pelanggan Disney+, turun 1% kepada 161.8 juta pelanggan pada 31 Disember, berbanding tiga bulan sebelumnya. Gambar: Reuters

Gergasi hiburan kanak-kanak, Disney dijangka memberhentikan 7,000 pekerjanya, selepas Ketua Eksekutif Bob Iger mengumumkan penyusunan semula syarikat itu yang diambil alih semula tahun lepas.

Pembuangan pekerja itu mengikut jejak langkah gergasi teknologi Amerika Syarikat yang melakukan pengurangan tenaga kerja susulan pengambilan ramai kakitangan sejak kemuncak pandemik.

"Saya tidak membuat keputusan ini dengan mudah," kata Iger kepada penganalisis selepas Disney mencatatkan pendapatan suku tahunan terbarunya. 

Dalam laporan tahunan 2021, kumpulan itu berkata ia menggaji 190,000 pekerja di seluruh dunia, di mana 80% daripadanya adalah kakitangan sepenuh masa. 

"Kami akan melihat dengan teliti kos untuk semua yang kami buat, baik di seluruh televisyen dan filem," kata Iger.

"Ini kerana keadaan dunia yang sangat kompetitif semakin mahal." 

Syarikat yang diasaskan oleh Walt Disney itu berkata perkhidmatan penstrimannya menyaksikan penyusutan pelanggan pertamanya pada suku lepas apabila pengguna mengurangkan perbelanjaan.

Pelanggan Disney+, penstriman arkib kepada Netflix, turun 1% kepada 161.8 juta pelanggan pada 31 Disember, berbanding tiga bulan sebelumnya. 

Penganalisis secara umumnya menjangkakan penurunan itu, dan harga saham Disney meningkat lebih daripada 5% dalam pasca sesi dagangan. 

"Masih terdapat cabaran besar di hadapan untuk Disney," kata penganalisis utama Insider Intelligence Paul Verna dalam nota kepada pelabur.

"Perniagaan berasaskan TV semakin terhakis, operasi penstrimannya belum lagi menguntungkan, dan ia menghadapi tekanan daripada aktivis pelabur untuk mengekang kos dan merancang menggantikan Iger."

Disney juga akan melihat jumlah kandungan yang dibuatnya dan harga perkhidmatan penstrimannya, kata Iger kepada penganalisis. 

"Kami berada dalam usaha meningkatkan jumlah pelanggan," kata Iger mengenai masa depan Disney+ sebagai pencabar kepada Netflix dan Amazon Prime. 

"Saya fikir kami mungkin terlalu agresif dari segi promosi; dan kami akan melihatnya."