- Iklan -
Luar Sana

Britain pertimbang waktu kerja lebih masa pelajar asing, lapor media

Menteri sedang meneliti kaedah menggalakkan pelajar negara itu dan luar negara mengambil lebih banyak pekerjaan sambilan bagi menangani kekurangan dalam sektor seperti hospitaliti dan peruncitan, menurut The Times.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berjalan di atas jambatan Millennium Bridge dengan berlatar belakangkan lembah kewangan London, di London, Britain, 13 Januari. Gambar: Reuters
Orang ramai berjalan di atas jambatan Millennium Bridge dengan berlatar belakangkan lembah kewangan London, di London, Britain, 13 Januari. Gambar: Reuters

Kerajaan Britain sedang mengkaji rancangan untuk membenarkan pelajar asing bekerja lebih lama bagi meningkatkan ekonomi dengan membuka jawatan kosong, lapor The Times hari ini. 

Menteri sedang meneliti kaedah menggalakkan pelajar negara itu dan luar negara mengambil lebih banyak pekerjaan sambilan bagi menangani kekurangan dalam sektor seperti hospitaliti dan peruncitan, menurut laporan itu, memetik sumber kerajaan.

Perbincangan sudah bermula dalam kerajaan sama ada menaikkan had waktu bekerja pelajar asing kepada 30 jam seminggu berbanding 20 jam pada masa ini atau menghapuskannya sepenuhnya, tambah laporan itu. 

Sumber kerajaan memberitahu The Times bahawa menteri sedang meneliti "apa lagi yang boleh kita lakukan untuk menghapuskan halangan dan menggalakkan pelajar bekerja" dan menghapuskan had waktu bekerja pelajar asing adalah "sebahagian daripada sebilangan besar idea yang sedang dipertimbangkan". 

Laporan itu menyebut, idea itu masih di peringkat awal dan masih belum dipersetujui di seluruh kerajaan. 

Rancangan itu dibuat di tengah-tengah cadangan Setiausaha Dalam Negeri Britain, Suella Braverman untuk mengurangkan pendatang asing tanpa izin ke negara itu.