- Iklan -
Luar Sana

Mahkamah bebaskan pemenang hadiah Nobel Filipina Ressa atas tuduhan elak cukai

Ini sekali gus memberikan Ressa kemenangan dalam kes yang digambarkan oleh wartawan veteran itu sebagai sebahagian daripada corak gangguan.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pengasas Rappler dan pemenang hadiah Nobel Maria Ressa bercakap kepada media selepas mahkamah Manila membebaskannya daripada kes pengelakan cukai, di luar Mahkamah Rayuan Cukai di Bandar Quezon, Filipina, 18 Januari. Gambar: Reuters
Pengasas Rappler dan pemenang hadiah Nobel Maria Ressa bercakap kepada media selepas mahkamah Manila membebaskannya daripada kes pengelakan cukai, di luar Mahkamah Rayuan Cukai di Bandar Quezon, Filipina, 18 Januari. Gambar: Reuters

Mahkamah membebaskan pemenang Hadiah Nobel Filipina Maria Ressa dan laman beritanya Rappler daripada tuduhan mengelak cukai, hari ini.

Ini sekali gus memberikan Ressa kemenangan dalam kes yang digambarkan oleh wartawan veteran itu sebagai sebahagian daripada corak gangguan.

Ressa, yang dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel bersama seorang wartawan Rusia pada 2021, merupakan pengasas Rappler.

Portal berita itu memperoleh reputasi tinggi dari segi pelaporan yang mendalam dan penelitian lengkap terhadap bekas presiden Rodrigo Duterte dan ketegasannya dalam memerangi dadah.

"Pembebasan ini bukan hanya untuk Rappler tetapi untuk setiap warga Filipina yang pernah dituduh secara tidak adil," kata Ressa selepas keputusan itu, sambil menyifatkan ia sebagai kemenangan untuk keadilan dan kebenaran. 

"Tuduhan ini... bermotifkan politik... Salah guna kuasa yang melampau," katanya. 

Kes pengelakan cukai itu berpunca daripada tuduhan agensi hasil negeri bahawa Rappler mengetepikan hasil penjualan resit depositari 2015 kepada pelabur asing daripada penyata cukainya, yang kemudiannya menjadi asas pengawal selia sekuriti untuk membatalkan lesen syarikat media itu.

Menurut Jabatan Kehakiman Filipina, ia menghormati keputusan mahkamah. 

Ressa, 59, kini diikat jamin ketika dia memohon rayuan terhadap hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan pada 2020 atas sabitan fitnah. 

Dia menentang beberapa tindakan undang-undang kerajaan yang mencetuskan kebimbangan antarabangsa mengenai gangguan media di Filipina, salah satu tempat paling berbahaya di Asia untuk wartawan. 

Filipina menduduki tempat ke-147 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2022, dan Jawatankuasa Perlindungan Wartawan meletakkan Filipina di tempat ketujuh di dunia dalam indeks menjejaki kematian pengamal media di mana pembunuhnya hidup bebas.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi