Dunia
Amazon akan berhentikan lebih 17,000 pekerja
Setakat September 2022, syarikat itu menggaji 1.5 juta pekerja dengan peratusan besar bekerja di gudang.
Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Amazon, gergasi e-dagang Amerika Syarikat (AS) akan memberhentikan lebih 17,000 pekerja, menurut satu laporan pada Rabu.
Langkah pemberhentian itu tertumpu kepada petugas korporat syarikat, lapor Agensi Anadolu memetik Wall Street Journal.
Pada November, syarikat berpangkalan di Seattle itu mengumumkan pemberhentian tenaga kerja korporatnya yang tertumpu kepada perniagaan peranti, pengambilan pekerja dan operasi runcit.
Sehingga September, syarikat itu menggaji 1.5 juta pekerja dengan peratusan besar bekerja di gudang.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -