Presiden Rusia tandatangani dekri iktiraf kemerdekaan Kherson, Zaporizhzhia
Satu upacara akan diadakan di Istana Kremlin hari ini untuk penggabungan wilayah itu dengan Rusia.
Terkini
Presiden Rusia Vladimir Putin pada awal Jumaat menandatangani dekri mengiktiraf kemerdekaan wilayah Kherson dan Zaporizhzhia di Ukraine yang ditawan oleh tentera Rusia, lapor Agensi Anadolu.
Pungutan suara (referendum) untuk menyertai Rusia diadakan antara 23-27 September di Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk, yang berada di bawah kawalan kumpulan pemisah pro-Rusia, dan di wilayah Kherson dan Zaporizhzhia.
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata satu upacara akan diadakan di Istana Kremlin pada Jumaat untuk penggabungan wilayah itu dengan Rusia.
Referendum itu menerima kutukan meluas masyarakat antarabangsa dengan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat mengatakan wilayah itu tidak akan diiktiraf.
Rusia mengiktiraf kemerdekaan kerajaan pemisah di Donetsk dan Luhansk pada 21 Februari.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
