- Iklan -
Dunia

Ratu Elizabeth mangkat pada usia 96 tahun

Raja paling lama berkhidmat itu mangkat di Balmoral.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ratu Elizabeth II ketika tiba di Parlimen Britain di London pada Mei lalu. Gambar: AFP
Ratu Elizabeth II ketika tiba di Parlimen Britain di London pada Mei lalu. Gambar: AFP

Raja Britain paling lama berkhidmat, Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun, umum Istana Buckingham pada Khamis.

“Ratu mangkat di Balmoral petang ini. Jasad baginda akan dibawa ke London esok,” menurut pihak istana, lapor Agensi Anadolu.

Baginda mempunyai masalah kesihatan sejak 12 bulan lalu atas faktor usia dan terpaksa membatalkan untuk menghadiri acara rasmi atas nasihat doktor.

Kali terakhir baginda menghadiri acara rasmi ialah semasa sambutan Jubli Platinum pemerintahan baginda ke-70 Jun lalu.

Terdahulu pada tengah hari Khamis satu kenyataan dikeluarkan yang menyatakan Ratu Elizabeth II berada di bawah "penyeliaan perubatan" di Balmoral, Aberdeenshire, Scotland.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.