Israel, AS meterai kerjasama kewangan siber
Kedua-dua negara bersetuju untuk mengadakan latihan kewangan siber rentas sempadan.
Terkini
Israel dan Amerika Syarikat buat kali pertama menandatangani perjanjian mengenai kerjasama kewangan siber, lapor Xinhua, memetik kenyataan Kementerian Kewangan Israel.
Perjanjian itu ditandatangani antara kementerian Israel dan Jabatan Perbendaharaan AS pada Selasa bagi mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, menurut kenyataan itu.
Kesepakatan itu antara lain merangkumi perkongsian maklumat kewangan siber, seperti sistem keselamatan, ancaman dan metodologi kerja untuk mengukuhkan daya tahan sistem kewangan.
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk mengadakan latihan kewangan siber rentas sempadan dan latihan pertama dijangka berlangsung akhir tahun ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.