Jangkitan cacar monyet di Israel lepasi 200 kes
Setakat ini, lebih 2,000 orang yang berisiko telah menerima vaksin terhadap virus itu.
Terkini
Israel kini mencatat 208 kes jangkitan cacar monyet, dengan 11 kes baru dikesan dalam tempoh empat hari lepas, kata Kementerian Kesihatan Israel pada Ahad.
Setakat ini, lebih 2,000 orang yang berisiko telah menerima vaksin terhadap virus itu, lapor Xinhua.
Pada Julai lalu, Israel mengumumkan program vaksinasi cacar monyet bagi populasi berisiko, dengan penghantaran 5,600 dos vaksin yang dihasilkan firma Denmark, Bavarian Nordic.
Penghantaran 4,400 dos lagi dijangka tiba pada September.
Kementerian menambah ia sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan kriteria vaksinasi bagi membolehkan peningkatan penggunaan semua dos vaksin diperolehi selain bakal membeli dos vaksin tambahan.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.