- Iklan -
Dunia

California isytihar darurat kekang wabak cacar monyet

Setakat ini, California dan New York mencatat jangkitan tertinggi cacar monyet di Amerika Syarikat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menunggu giliran vaksinasi cacar monyet di Brooklyn, New York pada 17 Julai. Gambar: AFP
Orang ramai menunggu giliran vaksinasi cacar monyet di Brooklyn, New York pada 17 Julai. Gambar: AFP

Gabenor California pada Isnin mengisytiharkan darurat susulan peningkatan kes jangkitan cacar monyet di wilayah itu, lapor Agensi Anadolu.

“California menerusi pelbagai agensi kerajaan sedang berusaha untuk mengekang penyebaran wabak, meningkatkan kadar ujian, pengesanan kontak rapat dan mengadakan kerjasama dengan komuniti setempat bagi memastikan mereka yang paling berisiko mendapat vaksin, dan rawatan yang sewajarnya,” kata Gabenor California Gavin Newsom dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa negeri telah mengagihkan lebih 25,000 dos vaksin sebagai tambahan kepada peruntukan vaksin sedia ada yang dihantar ke Los Angeles Kaunti.

Amerika Syarikat telah merekodkan kira-kira 5,000 kes cacar monyet, dengan California dan New York mencatat jangkitan tertinggi setakat ini, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Illinois merekodkan sekitar 520 kes.

Terdahulu pada Isnin, Gabenor J.B. Pritzker turut mengumumkan darurat di Illinois.

Golongan lelaki yang melakukan hubungan sejenis adalah yang paling teruk terjejas, tetapi pakar memberi amaran bahawa mana-mana pihak yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit atau barangan peribadi mereka turut berisiko dijangkiti.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global pada 23 Julai.