- Iklan -
Dunia

Apple catat hampir AS$83 bilion keuntungan pada Jun

Dalam pada itu, pendapatan daripada sektor perkhidmatan syarikat itu meningkat kepada AS$19.60 dari AS$17.49 bilion.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Untung bersih jualan produk Apple di rantau China susut sedikit kepada AS$14.60 bilion dari AS$14.76 bilion tahun lalu. Gambar: Reuters
Untung bersih jualan produk Apple di rantau China susut sedikit kepada AS$14.60 bilion dari AS$14.76 bilion tahun lalu. Gambar: Reuters

Apple pada Khamis mengumumkan laporan kewangan tahunannya untuk suku ketiga berakhir pada 25 Jun dengan rekod keuntungan pada suku Jun, mencatat AS$82.96 bilion, naik dua mata peratusan tahun ke tahun.

Syarikat itu mencatat keuntungan suku tahun bagi setiap saham yang dicairkan pada AS$1.20 berbanding AS$1.30 bagi tempoh sama tahun kewangan 2021.

Pendapatan bersihnya untuk suku berkenaan susut kepada AS$19.44 bilion berbanding AS$21.74 bilion tahun lalu dan jualan iPhone terkumpul pula adalah AS$40.67 bilion, naik dari AS$39.57 bilion.

Jualan aksesori, perkakasan rumah dan peranti lain, turun kepada AS$8.08 bilion berbanding AS$8.78 bilion setahun lalu. Pendapatan daripada sektor perkhidmatan pula meningkat kepada AS$19.60 dari AS$17.49 bilion.

Untung bersih jualan produk Apple di rantau China susut sedikit kepada AS$14.60 bilion dari AS$14.76 bilion tahun lalu. 

"Rekod yang dicatatkan pada suku ini membuktikan usaha dan inovatif berterusan Apple, membangunkan kemungkinan baru serta meningkatkan tahap kehidupan pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook.

Beliau berkata keputusan untuk suku Jun mempamerkan kemampuan syarikat untuk mengurus perniagaan dengan berkesan di sebalik persekitaran pengurusan yang mencabar.

“Kita mencatat rekod baru keuntungan pada Jun dan produk siap terpasang kami, mencatatkan rekod tertinggi di setiap segmen geografi dan kategori produk,” kata Ketua Pegawai Kewangan, Luca Maestri.

Lembaga pengarah Apple sebelum ini mengumumkan dividen tunai sebanyak AS$0.20 sesaham bagi saham terbitan awam syarikat.