- Iklan -
Dunia

Senat AS lulus RUU tingkat pengeluaran cip komputer

Presiden AS Joe Biden dijangka meluluskan RUU itu sebaik sahaja ia mendapat kelulusan Dewan Perwakilan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden AS Joe Biden. Gambar: AFP
Presiden AS Joe Biden. Gambar: AFP

Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu meluluskan rang undang-undang (RUU) bagi meningkatkan pengeluaran cip komputer bernilai AS$280 billion dalam usaha untuk menyaingi China, lapor Agensi Anadolu.

Dengan undian 64 menyokong manakala 33 membantah membolehkan RUU itu dibahaskan di Dewan Perwakilan, menyaksikan Speaker Nancy Pelosi menyuarakan keyakinannya ia akan mendapat sokongan yang mencukupi untuk memastikan kelulusan diperoleh secepat mungkin.

RUU itu merupakan suatu pelaburan awam terbesar dalam bidang sains, teknologi dan pembuatan sejak beberapa dekad, termasuk berbilion dolar turut disalurkan untuk Yayasan Sains Kebangsaan dan pengecualian cukai diberi kepada pelabur dalam pembuatan semikonduktor.

"Ia akan mewujudkan peluang pekerjaan yang berdaya saing, pembuatan cip mikro di AS, meningkatkan rantaian bekalan, mengukuhkan kepentingan keselamatan Amerika, serta mengurangkan kos," ciap Ketua Majoriti Senat Chuck Schumer di Twitter.ta

Jawatankuasa Peraturan Dewan seterusnya akan membentangkan usul mengenai Akta CHIPS dan Sains itu dan Pelosi berkata Dewan akan "meluluskan undang-undang penting ini."

Presiden AS Joe Biden dijangka meluluskan RUU itu sebaik sahaja ia mendapat kelulusan Dewan Perwakilan.